“Pandai lah kakak, kakak dh kuyus comey lotey” – Netizen

Sebelum ini tul4r di media bahawa anak Almy dan Fizz ini disuruh oleh guru agar melakukan senaman dan mengurangkan makan nasi agar kuyus sedikit berbanding ketika itu, bamun perkara itu didiamkan sehingga kini. Perkongsian terbaru Almy Nadia, memuat naik video perkongsian anak-anaknya menjadi perhatian apabila perkongsian terbaru kali ini membanggakan kedua ibubapa.

Anak sulung Almy dan Fizz Fairuz, menyertai pertandingan pantun dan nampak seperti sudah bersedia dengan pertandingan tersebut. Malah sangat lancar tatkala disuruh ibunya untuk menunjukkan kepada peminat.

Bakatnya terhadap seni jelas terpancar sejurus dinobatkan sebagai juara di sekolahnya, juara pantun untuk kategori tahun 3, memang bakat yang semulajadi.

Juga minat yang mendalam, barulah dapat menguasai pantun sepenuhnya. Tidak semua pandai berpantun, bahkan jika orang dewasa pun masih kekok untuk berpantun.

Perkongsian yang terlihat sewaktu didalam kereta, pun sudah mahir dan lancar apatah lagi apabila dipentas sekolah pertandingannya. Sudah tentu anak sulung Almy ini telah buat sehabis baik dek kerana sudah bergelar juara.

Almy dan suami sentiasa menyokong anak-anaknya meskipun mereka sibuk bekerja, tapi seronok melihat cara didikan mereka dek kerana anak-anak pun lembut saja berkata-kata.

Pelbagai komen ucapan tahniah diberikan kepada anak sulung Almy ini. Malah ramai yang mengatakan pujian terhadap anak Almy. Pasti beliau telah berusaha bersungguh-sungguh.

Inilah antara komen-komen netizen yang memuji, malah ada yang memuji juga bahawa anak Almy telah kelihatan kuyus sedikit berbanding sebelum ini. Lihatlah komen-komen mereka.

Almy sudah tidak berlakon lagi, yang sebelum ini beliau seorang pelakon yang berbakat juga. Namun kini lebih kepada kerja dari rumah saja. Beliau juga turut membuat review produk kebanyakkannya.

Sumber: ig almynadiaofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!