“Berlatih punya berlatih, last2 lawan tarik rmbut je hehe”- Netizen

Bersukan sangat penting untuk kekal sihat sepanjang masa. Tidak kiralah lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai stamina mereka yang tersendiri. Seperti Emma Maembong, beliau cukup aktif bersukan. Namun selepas kelahiran anak sulungnya, Emma sibuk dengan rutin hariannya menjaga Shariq Gabriel. Kini apabila Gabriel semakin membesar, mudah untuk Emma menggunakan ‘me time’ untuk mengembalikan stamina beliau.

Tak dinafikan, bila jadi seorang ibu ini sememangnya sibuk dan fokus untuk menjaga anak-anak. Begitu jugalah yang dilalui Emma sendiri apabila setelah menerima cahaya mata sulung.

Tak dinafikan, ramai selebriti yang aktif bersukan seperti Emma untuk mengekalkan stamina demi kerjaya lakonan dan ada juga yang inginkan bentuk badan yang cantik.

Jika berlakon filem aksi, bertinju adalah salah satu cara untuk mereka praktis bagi sesebuah lakonan bagi filem atau drama aksi.

Emma baru-baru ini, berkongsi sebuah posting video di Instagram. Video tersebut menunjukkan beliau sedang berada di gim sambil memantapkan staminanya kembali dengan sukan tinju.

Menerusi kapsyen Emma, beliau ingin dapatkan semula staminanya kerana sebelum ini, Emma lalui proses bersalin dan perlu fokus dengan anak.

Melihat Emma yang berbadan kecil ini, rata-rata netizen kagum dan teruja melihat kesungguhan Emma untuk bersukan di dalam video berkenaan.

Dalam pada itu, ramai netizen mengusik emma menerusi ruangan komen dan ada sebahagian daripada mereka juga teruja melihat Emma aktif semula dengan sukan tinju.

Video Emma juga telah menerima hampir 200,000 tontonan selepas dimuatnaik Isnin. Tengok cara Emma bersukan, gayanya seperti minat dengan sukan lasak.

Bestnya tengok emma boxing. Sambil release stress, sambil itu boleh turunkan lemak-lemak badan. Yang penting, stamina kena kumpul balik hehe

Sumber: Instagram emmamaembongofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!