“Konti sebelah2 jek kot ek haha”- Netizen

Memiliki sahabat sejati adalah antara harta yang paling berharga. Mereka ialah insan yang selalu ada di susah senang, mahupun jat0h bangun kita. Cerita saja masalah kita kepada mereka, pasti akan ditolong nya. Sebab itulah kita patut hargai sahabat di kala susah senang kita. Tanpa mereka, sunyi juga hidup kita.

Lagi seronok jika sahabat karib itu jualah sahabat sewaktu kita di zaman pekerjaan. Lagi seronok rasa, boleh lunch sama-sama, breakfast sama-sama, mengadu hal kerja dan banyak lagi. Kalau tak, mampu jumpa waktu free jelah kan, itu pun entah berjumpa ke tidak, setahun sekali pun tak pasti.

Begitu jualah yang dirasai oleh geng-geng Dj yang berkongsi bangunan yang sama ni. Siapa je tak kenal Dj Era Fm,Hot Fm, Suria Fm dan banyak lagi. Pasti anda sudah sedia maklum siapakah antara dj-dj nya. Kalau selalu dengar radio, pasti dah cukup kenal dengan mereka.

Sudah semestinya Nabil, Radin, Jep dan ramai lagi. Diorang ni memang dah jadi sahabat karib sejak dulu lagi. Selalu saja melihat mereka semua bersama, tak kisah lah di hari bekerja atau habis waktu kerja. Seronok juga kan ada member macam tu.

Nak pulak mereka semua ni jenis kepala masuk air. Sama je perangai tu, suka menyakat orang. Itulah yang seronok mempunyai sahabat yang sama perangai. Barulah boleh masuk bak kata orang. Kalau jenis tak sekepala, susah juga ya. Nak ajak bergurau pun serba salah dibuatnya. Takut mereka terasa hati.

Bak kata dj-dj radio tu, kalau nak breakfast je mesti kena tunggu member. Untunglah ada ramai member boleh breakfast sama-sama, takde lah bosan sangat. Tapi kali ini Jep Sepahtu yang belanja diorang makan. Baik sungguh Jep ni, tak pernah lupa member.

Kalau dah ada orang nak belanja, time ni lah kita boleh ambil segala lauk-pauk yang dah lama kita craving. Mana taknya, selama ni nak guna duit sendiri kena berkira-kira. Haaa, ni dah ada orang nak belanja, apa lagi, ambil lah lauk yang sedap-sedap, kan free tak payah bayar.

Sesudah selesai mengambil segala hidangan yang mereka inginkan, mereka pun ingin segera pulang ke konti masing-masing, mungkin beli saja di restoran, tapi makan dia konti, mana taknya kalau dah makan sambil berbual tu, mahu satu jam habiskan masa dekat situ saja.

Tapi, mereka bergerak secara berasingan setelah konti station radio masing-masing berlainan, bangunan saja yang sama, cuma lokasinya agak berbeza.

Kelihatan sedih muka Jep setelah rakannya yang lain semua ke arah yang berbeza dengan nya. Mungkin konti nya agak jauh kot. Tapi takpalah, asalkan hari-hari boleh berjumpa dengan mereka semua, itu pun sudah memadai.

Sumber : Ig Sinar_my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!