“Bunyi mcm start enjin kete je Fahri, cute”- Netizen

Ketika fasa memiliki anak kecil, banyak fasa yang harus kita sabar dengan mereka, mana taknya anak kecil ni selalu saja meragam. Kita nak buat pun jadi tergendala dek kerana ragama mereka, sekejap menangis, sekejap merajuk dan banyak lagi. Sabar jelah, nak buat macam mana kan, kita waktu kecil dahulu pun begitu juga.

Tapi, ada ibu bapa yang jenis pandai memujuk anak ataupun sudah melatih anak meraka supaya tidak meragam, kalau meragam, nanti ayahnya akan marah, jadi anak-anak pun takut lah nak buat hal, sebab ibu bapa tegas.

Tapi, lain pula bagi Dayah B4kar. Sedia maklum beliau mempunyai seorang anak lekai comel yang bernama Fahri. Muka nya sebijik macam Dayah, comel sangat budaknya, geram rasa nak cubit. Banyak akal sangat budaknya.

Dahulunya, Dayah ada memuat naik video Fahri yang sedang menangis, tapi bila ditanya adakah Fahri menangis secara ikhlas atau buat-buat menangis. Rupanya Fahri hanya men1pu saja, saja nak attention ibunya tu.

Kali ini, ada pula video Fahri yang membuat tutorial menangis. Aik, menangis pun ada tutorial ke ? Macam-macam lah anak-beranak ni. Video yang dimuat naik oleh Dayah yang menunjukkan Fahri yang menangis olok-olok.

Fahri siap tunjuk lagi ekspresi mukanya tu ketika menangis, bila ditanya macam mana menangis, lalu ditunjuk oleh si comel tu bagaimana gelagat seorang anak kecil yang sedang menangis. Siap menangis cakap taknak pergi school lagi tau.

Adoi, lepasni kant0i lah, tiap kali Fahri nangis, sudah pasti ibunya sudah mengetahui bahawa si anaknya itu hanya menangis tipu-tipu. Kelakar betul lah, Fahri dah pec4hkan rahsia semua anak kecil lah pula, nanti semua ibu bapa tahu anak mereka hanya menangis tipu-tipu saja.

Rata-rata netizen cukup terhibur dengan gelagat anak dan ibu tu. Mana taknya, Dayah selalu membongkar rahsia anaknya yang hanya menangis tipu-tipu tu. Si comel tu nak attention ibunya, tapi ibunya lebih cekap dan sudah lali dengan perangai anaknya.

Justeru, tidak dapat dinafikan bahawa sewaktu kita kecil dahulu pun, kita pernah melakukan trick yang sama. Betul tak ? Taknak pergi sekolah lah, nangis sebab nak attention ibu bapa lah dan banyak lagi. Kalini, anak kita pula yang guna trick yang sama.

Sumber : Ig Dayahb4kar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!