“Hehe nakal yg sorang tu, nak main lagi air”- Netizen

Dalam sibuk menguruskan hal anak-anak, tidak dinafikan bahawa ada anak yang lebih senang mendengar kata, ada juga yang jenis suka lebi bermanja-manja, lebih-lebih lagi perbezaan anak sulung dan anak bongsu. Sedia maklum bahawa anak sulung ini lebih matang dan berdikari berbanding anak bongsu, ini kerana mereka sudah melaului fasa-fasa di mana adik mereka sedang lalui sekarang.

Nak bermanja pun, mereka ada adik, jadi dibiarkan anak-anak nya bermanja dengan ibu bapa mereka. Tentulah yang sulung harus menunjukkan contoh yang terbaik kepada adik mereka, secara tidak langsung menjadi role model kepada mereka.

Begitulah peranan Yusuf kepada adik comel nya Alisa. Bercerita soal mereka, pasti sudah sedia maklum dengan telatah comel anak-beranak ni. Yusuf sangat menyayangi adik nya itu, begitu juga dengan si adiknya. Asyik berkepit je.

Mereka yang sedang bercuti makan angin di New Zealand kelihatan sangat gembira ni, mana taknya, boleh main salji, naik cruise dan sebagainya. Tidak dinafikan bahawa suasana dan pemandangan di sana sangat cantik dan indah.

Ada dimuat naik naik video mereka sekeluarga yang menyediakan sarapan pagi, tapi sebelum sarapan, si adik-beradik ni mandi di hot tub dulu, yelah cuaca di sana sangat sejuk, alangkah seronok jika dapat mandi hot tub kan.

Bukan mandi saja, mereka kelihatan sungguh gembira dan berenang-renang di sana. Alang-alang tu, dapat practice berenang di sana juga kan. Tapi, jangan dilupa bahawa sarapan juga penting, nanti masuk angin.

Sesudah itu, Hairul Azreen pun memanggil anaknya supaya segera men1nggalkan hot tub kerana ingin melakukan aktiviti lain pada hari itu. Kelihatan Yusuf yang segera bangun dan men1nggalkan hot tub, tapi nampakynya adik Alisa masih di situ nak mandi.

Comel betul tengok gelagat anak-beranak tu, daddy suruh segera tinggalkan hot tub, tapi Alisa masih berseronok nak mandi lagi. Budak-budak kalau dah seronok, memang sussah lah nak tinggalkan apa yang mereka suka tu.

Justeru, tidak dinafikan bahawa mereka sekeluarga sangat comel. Alisa tu pun tak boleh jalan lama-lama, nanti dikatanya “tired”. Takpalah Alisa kan masih kecil. Layankan ajalah perangai si kecil tu, nanti menaangis pula.

Sumber : Ig Haniszalikha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!