“Ni Rizky version Malaysia ke ni haha”- Netizen

Siapa saja tak teruja berjumpa dengan artis dan selebriti kegemaran mereka kan. Kalau tahu saja mereka akan mengatakn meet dan greet, terus saja beli tiket dan pergi ke destnasi tersebut. Bukan apa, dek kerana bukan selalu tau ada sesi meet and greet macam ni, ni dah ada peluang, grab jelah.

Baru-baru ini penyanyi terkenal Indonesia yang bernama Rizky Febian telah datang ke sini dan membuat konsert nya. Haa, siapa je tak tahu lagi viral mereka, kalau pasang tu confirm semua tahu lagu apa, galau betul jadinya.

Dan, sudah semestinya lah ada juga artis dan selebriti tanah air yang turut hadir ke konsert tersebut. Yelah, mestilah nak join dan jumpa juga rakan selebriti dari negara jiran kan, sebelum duk busy kerja saja, ada masa jumpalah.

Tapi, ada dimuat naik video yang berlaku selepas tamat konsert tersebut. Di mana kelihatan Radin yang dikelilingi oleh peminat dan orang ramai. Amboi, bukan main lagi semua orang nak bergambar dengan Radin tau.

Ni mengalahkan konsert kepunyaan Rizky ni, yang menjadi tumpuan adalah Radin. Bak kata netizen, dah macam level artis antarabangsa ya vibes Radin tu. Bukan main lagi semua orang duduk berkurumun dengannya nak bergambar.

Ramai betul ya peminat Radin ni, ni semua sebab selepas moment Radin yang dapat salam dengan Lee Min Ho pada event lepas. Makin ramai yang crush dekat Radin pula ya sekarang, menjadi betul vibes Oppa Min Ho tu.

Tapi, ramai juga yang telah menjadi peminat Radin sejak awal beliau berkecimpung dalam dunia hiburan lagi. Gurauan selepas bersalaman dengan Lee Min Ho itu hanya untuk lawak jenaka saja. Betul tak ?

Bukan apa, kerana Radin ini memang seorang yang sangat lucu dan berbakat. Sebabtulah beliau ada ramai peminat. Selain itu, beliau juga sangat humble dan memberi layanan yang baik kepada para peminatnya tau.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa, kalau kita terjumpa dengan selebriti kegemaran, kita pun akan melakukan hal yang sama, ajak bergambar dan berbual sebentar bersama mereka, bukan selalu dapat peluang macam tu kan.

Sumber : Ig Era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!