“Pandai dia lipsync, boleh jadi pelakon ni” – Netizen

Ayden Adrean merupakan anak sulung kepada pasngan artis Bella Astillah dan Aliff Aziz. Bella Astillah atau nama sebenar beliau Dayang Nabellah binti Awang Astillah merupakan seorang penyanyi dan pelakon. Bella Astillah mula menceburkan diri dalam bidang seni apabila muncul dengan lagu kanak-kanak bersama adiknya Didi Astillah. Ketika itu Bella dan Didi dikenali sebagai Anak-anak Mutiara.

Bella mendirikan rumahtangga bersama penyanyi dan pelakon yang berasal dari Singapura iaitu Aliff Aziz pada tahun 2016 dan melahirkan Ayden Adrean pada Julai 2017 kira-kira setahun setelah berumahtangga.

Pandemik Covid19 yang melanda dunia telah menduga dan menguji masyarakat dalam pelbagai segi. Keluarga ini juga tidak terlepas menempuhi dugaan apabila Aliff Aziz terpaksa terpisah dan berjauhan dengan keluarganya di Malaysia hampir setahun kerana sekatan perjalanan yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Para peminat turut sayu apabila Ayden meluahkan rasa rindu kepada bapanya itu sehingga sanggup untuk ke Singapura demi melepaskan rindu terhadap Aliff.

Bagaimanapun keluarga tersebut telahpun bersatu semula apabila kerajaan memberikan kelonggaran dan Aliff akhirnya menemui keluarganya itu kembali sekitar bulan Disember tahun lalu. Aliff juga gembira buat pertama kalinya dapat bertemu dengan anak keduanya Ara Adriana yang dilahirkan sekitar Julai 2020.

Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Bergelar anak kepada pasngan pelakon dan penyanyi pastinya drah seni turut mengalir dalam diri Ayden. Terkini Bella telah memuatnaik sebuah video tiktok terkini di akaun tiktok peribadinya bersama anaknya Ayden Adrean.

Menerusi video tersebut, Ayden telah membuat gerak bibir (lip sync) yang sangat sepadan dengan dialog di sebalik tabir video itu. Jika dilihat di akaun tiktok Bella, beliau amat gemar melakonkan video tiktok.

Mungkin juga Ayden sudah terbiasa melihat ibunya Bella Astillah sering berlakon video tersebut membuatkan anaknya Ayden turut terikut untuk mengikuti ibunya bertiktok.

Video tiktok Bella tersebut telah dikongsikan kembali oleh Instagram hotfm. Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen juga memuji kemahiran lakonan Ayden yang dilihat sangat berkesan dan berbakat.

Penyanyi Erul Samah juga memuji kemahiran lakonan video tiktok Ayden dan merasakan Ayden berpotensi untuk menjadi pelakon. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.

Comel sangat cara Ayden tiru dialog dalam video tiktok tu. Mana tahu lepas ini ada rezeki Ayden untuk berlakon pula kan. Siapa tahu Ayden juga boleh jadi pelakon yang baik sepertimana ibu dan bapanya.

Sumber: ig hotfm976

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!