“Padu suara anak, part mak mengekek gelak mic smpai 3 tp nyanyi hjg2 je” – Netizen

Rancangan terbaru bersiaran di saluran TV3 iaitu Famili Duo merupakan program hiburan yang menampilkan gandingan keluarga untuk menunjukkan bakat nyanyian. Rancangan yang mula bersiaran pada 14 februari itu menampilkan seramai 40 pasngan selebriti. Famili Duo bakal bersiaran selama lapan episod. Famili Duo dihoskan oleh Uyaina Arshad serta dimeriahkan oleh dua figura popular iaitu Didie Alias dan Mark Adam bertindak sebagai juri.

Famili Duo merupakan spin-off daripada program Family Singing Show di 8TV. Setiap episode bakal menampilkan lima pasngan selebriti yang mempunyai hubungan kekeluargaan. Mereka perlu melengkapkan dua pusingan iaitu satu lagu saduran dan satu nyanyian di pentas.

Bersiaran pada episode keempat malam tadi menyaksikan 5 pasngan yang bertanding iaitu Amelina dan anak, Fauzi Nawawi dan anak, Shajiery dan anak, Liza Abdullah dan anak serta Amyza Adnan serta anak lelakinya Adrian.

Episod malam tadi di menangi oleh Amyza Adnan dan anaknya Adrian yang baru berusia 12 tahun. Walaupun baru berusia 12 tahun, suara Adrian sangat memukau kerana mampu membuat suara whistle seperti mana kata juri Mark Adam, keistimewaan tersebut tidak dimiliki oleh kebanyakkan artis di Malaysia.

Kedua-dua lagu dipilih oleh Adrian dan sebagai ibu Amyza hanya mengikut sahaja kehendak anaknya itu. Semasa menunjukkan montaj nyanyian pertama lagu nyanyian artis antarabangsa Mariah Carey para juri telah pun merasa terpukau dengan bakat yang dimiliki oleh Adrian. Didi Alias dan Mark Adam berdiri untuk memberikan tepukan.

Semasa menyanyikan lagu kedua secara langsung, Adrian tidak mengecewakan kerana mampu melontarkan vokal bertenaga beliau ketika menyanyikan lagi Ernie Zakri berjudul Ku Bersuara.

Manakala Amyza tidak kurang mencuri tumpuan dengan gelagat bersahaja beliau bernyanyi menggunakan 3 biji mikrofon. Walaupun para penonton terpegun mendengar suara Adrian namun gelagat Amyza itu turut membuatkan para penonton terhibur.

Berkongsi sedutan episode malam tadi menerusi Instagram tv3 malaysia, rata-rata penonton mngalkan komen bahawa mereka cukup terhibur dengan gelagat pasngan ibu dan anak yang membuat persembahan dalam episode malam tadi.

Persembahan pasngan ini telah di selamatkan oleh Adrian yang memiliki suara yang cukup hebat sehingga mendapat perhatian daripada penyanyi asal iaitu Ernie Zakrie sendiri. Ernie turut memuji Adrian menerusi Instagram story beliau. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan oleh para penonton buat mereka.

“Anak dia kaaa??? Ya Allah adikk.. Power sgt.. “ – Netizen

“anjatttt kitaa dgr tadi….mmg powerla dikk., Mcm tgk konsert ajl pulak rasa,harap2 nnti adik blh buat opening persembahan ajl nnti..mantapppp dikkk” – Netizen

“nasib mak dia xnyanyi sgt. padu suara anak dia”- Netizen

“Memang sedap sore Adrian ni.. boleh ke depan ni.?” – Netizen

“Boleh go jauh ni , meremang bhaii “ – Netizen

“Mmg Gempwouk laa meremang aku” – Netizen

“Lagi tinggi dia tarik dari ernie. level budak2 philippines dah” – Netizen

“Kene jaga dari sekarang kualiti suara tu. Nanti dah potong dan² remaja bagai. Nak dpt balik wisel tu payah dik. Untung laa sempat merasa ade wisel. kita² nie pkul² kompang jer dulu.” – Netizen

“Padu dik pelapis berbakat..bukan senang whistling tu, even penyanyi hebat pon xrmai ley buat whistle ..god given talent” – Netizen

Kelakar bila tengok semula persembahan Amyza Adnan malam tadi. Walaupun gelagat ibu sangat menghiburkan namun nyanyian Adrian tetap menyerlah dan mendapat perhatian. Ramai juga yang puji suara anak lelaki Amyza Adnan ini.

Mark Adam juga meminta agar Amyza tidak mensia-siakan bakat yang dimiliki oleh Adrian. Mudah-mudahan platform famili duo membuka mata masyarakat terhadap bakat besar yang dimiliki oleh Adrian. Semoga berjaya menjadi seorang penyanyi suatu hari nanti.

Sumber: ig tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!