Medley AJL35, nyanyian Hannah Delisha dan Raysha Rizrose buat netizen tak senang duduk

Kehangatan Anugerah Juara Lagu 35 semakin dirasai debarannya apabila tarikh yang di nanti-nantikan selama ini semakin menghampiri iaitu lebih kurang 2 minggu lagi. Ramai yang sedia maklum tarikh AJL telahpun di tunda beberapa kali ekoran Perintah Kawalan Pergerakan yang di laksanakan oleh kerajaan. Beberapa orang artis yang bertanding juga giat membuat persiapan akhir bagi menghadapi saingan sengit daripada para peserta.

Pihak Valient Music dengan kerjasama beberapa orang artis telah memuatnaik video nyanyian Medley AJL35. Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumahtangga, Hannah Delisha juga muncul menjayakan lagu-lagu medley sempena anugerah juara lagu yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Beberapa buah lagu yang bakal dipertandingkan dinyanyikan secara medley oleh Hannah Delisha, Azmi Saat, Raysha Rizrose dan juga Dean Eiman.

Selain muncul sebagai penyanyi, Hannah juga bertindak sebagai penyumbang buah fikiran untuk konsep dan idea bagi video medley berkenaan manakala Azmi Saat pula tampil sebagai penerbit.

Menariknya Raysha yang selama ini hanya dikenali sebagai pelakon turut menyumbangkan suara dalam medley berkenaan. Bekas juara dewi remaja yang juga merupakan adik kepada Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose ini tampil berani menyahut cabaran untuk menyerlahkan lagi bakat nyanyian dalam dirinya.

Ramai yang memuji kredibiliti Hannah sebagai seorang pelakon dan kini pula sebagai seorang penyanyi. Selebriti serba boleh ini bukan sahaja mampu memberikan jiwa dalam lakonan malahan beliau juga sangat berbakat dalam nyanyian.

Sebagai peminat setia kepada pelakon drama Cinta Sekali lagi,  pastinya mereka sudah sedia maklum sebelum ini Hannah pernah tampil menyanyikan lagu OST bagi drama Monalisa berjudul Esok Masih Ada. Peminat Hannah sudahpun mengetahui bakat nyanyian yang dipunyai oleh isteri kepada Imam Shah ini.

Namun kepada yang pertama kali mendengar suara beliau mungkin ada yang terkejut dengan suara lemak merdu yang dimiliki oleh pelakon ini.

Rata-rata netizen amat terpesona dengan nyanyian Hannah Delisha dan berkata Hannah sebenarnya layak untuk menggantikan Tokti menyanyikan lagu 7 nasihat kerana mempunyai tona suara klasik melayu lama. Berikut dikongsikan lagi beberapa lagi komen warganet yang teruja mendengar suara Hannah delisha dan raysha rizrose

“Korang yg terkejut dgr suara Raysha ni pegi la cari dia cover lagu BCL berbulan2 lepas. Sedap giila.” – Netizen

“Aku sorang je ke suka tengok hannah delisha menyanyi dari berlakon?” – Netizen

“hannah & raysha talented..x sangka raysha suara dia merdu.” – Netizen

“raysha tu mmg xsangka la suara dia. hanna mmg org tau dia pnyanyi” – Netizen

“Medley paling best. Raysha boleh tahan sedap suaranya. Selalu tengok berlakon je, rupanya boleh nyanyi juga.” – Netizen

Bertuah sungguh Imam Shah dapat isteri yang serba boleh macam Hannah Delisha. Bukan sahaja mampu berlakon dengan baik malahan menyanyi pun merdu.

Buat pelakon Raysha Rizrose pula kini sudah ramai yang mula buka mata dengan bakat nyanyian beliau. Semoga platform ini digunakan sebaiknya untuk beliau untuk mengembangkan lagi kerjaya beliau dalam bidang nyanyian.

Sumber:  youtube valient music

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!