Anak bongsu baru 8 bln, ramai terkejut Jep umum Sari Yanti hamil lagi

Pasngan Jep Sepahtu dan Sariyanti bakal menerima kehadiran ahli baru dalam keluarga mereka apabila Jep mengumumkan isterinya itu kini hamil lagi. Jep yang memuatnaik sekeping gambar anak lelaki bongsunya telah menulis caption di gambar tersebut bahawa anak bongsunya itu bakal menjadi abang menerusi satu perkongsian terkini pelawak dan penyampai radio berkenaan di Instagram beliau.

Sebagai rekod pasngan Jep dan Sariyanti telah mendirikan rumahtangga pada Feb 2017 dan hasil perkahwinan tersebut beliau dikurniakan seorang anak perempuan, Dariya Inara pada April 2018 dan Muhammad Khaidir pada Jun 2020.

Pasngan ini berkenalan dan di katakan mulai rapat setelah terlibat dalam program komedi Jenaka Kampung Kalut (J.K.K) dimana Jep membawa watak sebagai Ucop dan Sariyanti membawakan watak sebagai Milah.

Sebelum berkahwin dengan Jep, Sariyanti sebelum ini telahpun mempunyai 2 orang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq. Bagaimanapun jodoh beliau tidak panjang apabila membuat keputusan untuk bercrai pada Disember 2014.

Ekoran pengumuman tersebut, ramai yang mngalkan komen di ruangan instagram Jep meluahkan rasa terkejut malahan seakan tidak percaya dengan berita dikongsikan oleh bekas juara program maharaja lawak mega itu memandangkan usia anak bongsu mereka iaitu Muhammad Khaidir yang dilahirkan bulan Jun tahun lepas baru saja mencecah 8 bulan.

Ruangan komen instagram Jep di hujani ucapan tahniah daripada para peminat. Mereka mengucapkan syukur ke hadrat ilahi di atas kurniaan rezeki tersebut.

Tidak kurang juga yang mengusik Jep kerana tidak membuang masa dan memanfaatkan masa PKP dengan sebaiknya. Berikut dikongsikan komen-komen daripada warga maya.

“Wah jep rezeki pkp tu kalau 5 tahun pkp mau bertambah lagi …padi malinjeee ha2” – Netizen

“Alhamdulillah syukur… tahniah” – Netizen

“Yayyy, Make sure kembar tao” – Netizen

“wow, laju betul buat kerja ya “ – Netizen

“Alhamdulillah..tahniah jep” – Netizen

“Siyess laaa nk jd abang???perghgg” – Netizen

“Alhamdulillah.. laju dia Naik pangkat” – Netizen

“Tak sempat nak bejalan lagi..comel” – Netizen

Manusia merancang namun tuhan yang menentukan segalanya. Kejap je anak bongsu dah naik pangkat jadi abang. Syukur tuhan kurniakan rezeki yg melimpah buat pasngan ini.

Mudah-mudahan Sariyanti diberikan kesihatan yang baik serta kemudahan dalam proses kehamilan kali ini. Semoga urusan pasngan ini juga berjalan lancar sehingga hari kelahiran kelak.

Sumber: ig jepsepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!