“Kuku hitam, j4ngan2 hati pun hitam” – Netizen

Sudah mengakhiri bulan februari, ramai peminat yang menantikan pengumuman tarikh pernikahan oleh selebriti Neelofa yang dikatakan bakal di adakan pada bulan Mac. Sekitar akhir tahun lalu, hubungan bekas pengacara Meletop iaitu Neelofa dan PU Riz boleh digambarkan bagaikan retak menanti belah apabila beberapa berita mengenai hubungan mereka kecoh diperkatakan setelah keluarga Neelofa dikatakan tidak merestui hubungan tersebut apabila memuatnaik status Instagram di IG story masing-masing.

Adik beradik Neelofa memuatnaik kata-kata sindiran dan kurang berpuas hati terhadap sesuatu pihak dimana rata-ratanya meneka ditujukan buat PU Riz. Ibu dan adik beradik Neelofa juga telah bertindak untuk “unfollow” PU Riz di laman Instagram selain telah memadam foto ketika majlis merisik Neelofa dan Pu Riz.

Neelofa berkata kedua buah keluarga sedang mencari titik penyelesaian serta mencari cara terbaik dalam menyelesaikan isu yang berlaku dan enggan memberikan sebarang kenyataan lanjut mengenai status hubungannya dengan PU Riz tanpa persetujuan keluarga masing-masing.

Bagaimanapun hubungan pasngan tersebut dikhabarkan telah pulih apabila Neelofa dilihat telah kembali menyarung cincin pertunangan beliau dalam sebuah video yang dimuatnaik menerusi laman instagramnya.

Sebagai seorang selebriti yang mempunyai peng4ruh yang begitu besar dalam kalangan masyarakat, apa jua perbuatan dan tingkah laku Neelofa sering menjadi perhatian masyarakat. Neelofa telah berkongsi satu tangkap layar seorang netizen telah menegur warna kuku beliau yang berwarna hitam.

Komen tersebut dipercayai di tinggalkan di satu entri apabila Neelofa memuatnaik gambar beliau bertelekung selepas menunaikan solat. Gambar berkenaan mendedahkan jarinya dan kuku beliau kelihatan hitam kerana mengenakan inai.

Pemakaian inai tidak menjadi kesalahan kepada k4um wanita. Memakai inai merupakan perhiasan bagi k4um wanita dan melambangkan sifat kewanitaan mereka.

Malahan hukum memakai inai dari sudut pandangan agama adalah harus bagi k4um wanita dan tiada masalah untuk seorang wanita mewarnakan jarinya dengan inai asalkan tidak menyekat air wuduk sampai ke jari dan tangan mereka.

Menjengah ke laman Instagram Neelofa, menerusi muatnaik terkini Neelofa di Ig Story beliau berkata dirinya merasa terhibur menerima komen yang ditinggalkan oleh netizen yang mengecam beliau memakai inai.

Tidak sangka pemakaian inai telah mengundang salah faham dalam kalangan netizen terhadap Neelofa bahkan hal tersebut telah membuka mata ramai pihak bahawa masih ramai lagi yang tidak tahu mengenai hukum memakai inai buat k4um wanita.

Terdapat juga netizen yang mngalkan komen  tidak bersetuju melihat Neelofa memakai inai.  Berikut dikongsikan komen berkenaan.

Inai adalah perhiasan buat k4um wanita. Hukum memakai inai juga adalah harus maka sebetulnya tidak timbul sebarang isu kepada Neelofa untuk memakai inai. Mungkin ada segelintir yang suka memakai inai dan ada juga yang tidak suka bergantung kepada minat individu itu sendiri.

Sumber: Instagram neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!