“Dia kahwin kamu dan membuat dgn pmpuan lain”, Netizen dakwa Aeril Zafrel cuurang, tk sgka ini respon Aeril

Aeril Zafrel atau nama sebenar beliau Suhairil Sunari mendirikan rumahtangga bersama pelakon kelahiran Sabah iaitu Wawa Zainal sekitar tahun 2012. Pasngan sama cantik sama padan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 9 tahun. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebagai pelakon, Aeril masih lagi aktif membintangi beberapa drama sebagai teraju utama namun Wawa lebih selesa menguruskan perniagaan mereka berdua yang semakin berkembang.

Pasngan ini jarang mendedahkan masalah rumahtangga mereka selama ini dan kelihatan sentiasa ceria dan gembira dengan video-video lucu yang dirakam dan dimuatnaik oleh mereka berdua di media sosial. Namun sudah menjadi lumrah dalam alam rumahtangga, tidak mungkin akan bahagia sentiasa. Ibarat kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula pasngan suami isteri.

Hubungan pasngan ini sepertimana pasngan suami isteri yang lain juga, ada pasang surutnya. Sempena menyambut ulang tahun perkahwinan ke 9, Wawa meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan pasngan seperti Aeril yang begitu sabar melayani kerenah dan asam garam dalam rumah tangga mereka.  Jika bukan kerana sikap sabar suaminya itu mana mungkin hubungan mereka mampu bertahan sehingga kini.

Sebelum ini pasngan ini juga pernah mendedahkan mereka telah berhadapan dengan cubaan untuk disihir oleh seseorang. Aeril telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi Instagram beliau namun sekiranya individu tersebut masih belum berpuas hati Aeril mengajak individu yang cuba menyihir beliau dan keluarga untuk berjumpa bagi menyelesaikan masalah antara mereka.

Bagaimanapun syukur ke hadrat ilahi kerana keluarga mereka telah terselamat daripada cubaan untuk disihir kerana telah berjumpa dengan orang yang lebih arif untuk mematahkan sihir berkenaan.

Terkini Wawa mendedahkan beliau telah menerima mesej di instagram peribadi mendakwa suaminya cuba berlaku cvrang dibelakang beliau dengan mengajak individu tersebut berjumpa. Individu tersebut mencadangkan agar mereka bertemu di sebuah hotel di Melaka.

Individu berkenaan mendakwa dirinya adalah kawan rapat kepada Aeril dan mengetahui kelakuan tidak senonoh Aeril di belakang Wawa.

DM (Direct Message) berkenaan di kongsikan oleh Wawa menerusi akaun Instagram beliau dan mendapat pelbagai reaksi daripada para pengikut akaun instagramnya. Sebagai isteri, bukan mudah untuk mengawal perasaan untuk menepis segala tuduhan dan dakwaan mengenai kecvrangan suami. Hanya sifat saling mempercayai sahaja mampu untuk menyelamatkan rumahtangga mereka daripada fitnah sebegini.

Rata-rata rakan artis dan juga peminat sukar mempercayai dakwaan individu terbabit dan merasakan individu berkenaan merancang untuk memisahkan Wawa dan Aeril dengan menuduh Aeril berlaku cvrang.

Tambahan pula mesej yang dipercayai di terjemahkan menerusi applikasi google translate berkenaan agak sukar untuk dipercayai kerana menggunakan tatabahasa dan ayat yang mengelirukan. Jalan cerita individu berkenaan juga kelihatan sebagai direka dan tuduhannya juga tidak berasas.

Berikut dikongsikan respon para pengikut akaun Instagram Wawa Zainal terhadap perkongsian terbabit. Paling terhibur adalah komen dari suaminya sendiri. Hahaha

 

“Tu slh satunya org yg tak ingin mlihat kita bahagia ..ada saja bh mau tinguk rumah tngga org berantakan..stay strong sis..” – Netizen

“Kenapa melaka?? Kenapa??? Ini boleh menjatuh imej maruah negeri melaka nie.” – Netizen

“hahahahahahahaha haram jadah betoi ayat dia . hang nk cakap apa sebenaqnya ni” – Netizen

“Try hard sangattt..dan membuat dan membuat” – Netizen

“Hahaha dengkiiii tu Nk suh Wawa pisah ngan Airil” – Netizen

“Wehhh pehal kat melaka pulak apa negeri lain xde hotel ke?? “ – Netizen

“Ayat pon dah macam google translate jer “ – Netizen

“Seram sejukk jer dia boleh rentas negeri gituu jer” – Netizen

Disebalik kejayaan pasngan ini pastinya terdapat pelbagai ujian dan dugaan yang perlu mereka tempuhi. Apatah lagi jika mereka adalah individu yang popular dan cukup dikenali ramai seperti Wawa dan Aeril.

Tidak mudah menjadi seorang usahawan dan pelakon seperti pasngan ini. Semoga Wawa dan Aeril terus tabah dalam mengharungi dugaan dalam kehidupan mereka.

Sumber: ig wawa zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!