Didakwa cemburu apabila bekas suami luah hasrat utk berkahwin, Tak sangka ini respon Mawar Karim

Baru-baru ini tular sebuah video yang dimuatnaik oleh Fizo menerusi Instagram beliau yang meluahkan hasrat untuk berkahwin sekali lagi. Dalam video berkenaan Fizo mencuba untuk bertanya kepada anak perempuan beliau iaitu Wan Maryam atau lebih mesra di sapa sebagai Cik Yam sama ada anaknya itu boleh menerima atau tidak sekiranya bapanya itu berkahwin sekali lagi.

Bagaimanapun dalam video berkenaan Cik Yam tidak menunjukkan reaksi yang positif malahan Cik Yam seolah tidak dapat menerima hakikat sekiranya bapanya itu ingin berkahwin sekali lagi. Cik Yam juga menggelengkan kepala dan menangis bagaikan tidak memberi persetujuan dengan hasrat bapanya itu.

Tidak mahu perkara tersebut berlarutan, Fizo akhirnya memujuk kembali Cik Yam supaya tidak terus menangis. Ternyata Cik Yam masih belum dapat menerima wanita lain dalam hidupnya sebagai ibu selain daripada ibu kandung Mawar Karim.

Melihatkan reaksi Cik Yam, ramai yang bersimpati dengan nasib anak kecil itu. Beberapa orang netizen turut sama berkongsi pengalaman secara langsung dan tidak langsung dalam kalangan mereka sendiri mahupun rakan-rakan apabila  dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapanya berpisah.

Ekoran daripada respon yang ditunjukkan oleh Cik Yam berkenaan, masih ramai peminat pasngan tersebut yang berharap dan mendoakan agar Fizo dan Mawar kembali bersatu demi kebaikan Cik Yam.

Bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim berkata dirinya tidak mempunyai masalah sekiranya Fizo ingin berkahwin sekali lagi. Walaubagaimanapun Mawar berkata sekiranya tidak keberatan, beliau tidak mahu bakal isteri Fizo yang baru menggunakan panggilan sebagai mummy atau mama.

Walaubagaimanapun, respon Mawar berkenaan telahpun di salah tafsir oleh warganet apabila Mawar di katakan cemburu apabila tidak mahu bakal isteri Fizo menggunakan panggilan yang sama.

Menerusi Instagram story, Mawar tampil menjelaskan hal tersebut. Jelas Mawar lagi, panggilan tersebut adalah hak eksklusif beliau sebagai ibu kepada Cik Yam. Masih terdapat pelbagai panggilan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan panggilan mama atau mummy.

Mawar juga berkata beliau dan Fizo sudah mempunyai kehidupan sendiri dan tidak perlu untuk merasa iri hati antara satu sama lain. Fokus beliau hanya untuk anaknya Cik Yam. Jika ditakdirkan Cik Yam dapat ibu baru, terpulang kepada mereka untuk memberikan apa sahaja panggilan yang bersesuaian.

Menurut Mawar, dirinya tidak mengambil hati mahupun terasa dengan komen-komen yang kelakar namun beliau tidak mahu kata-katanya di salah tafsir kerana apa yang ingin beliau sampaikan sangat ringkas dan mudah untuk di fahami. Mawar minta hormati hak beliau sebagai ibu Cik Yam dengan tidak menggunakan mummy atau mama, itu sahaja.

Sumber: ig mawar karim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!