“Mcm dibuat2 pula” – Netizen, peserta muzikal lawak melatah hampir tumbok fr0ntliner

Muzikal Lawak Superstar sudah sekian lama telah ditangguhkan kerana terpaksa akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan apabila k3s positif C0vid19 di Malaysia naik dengan mendadak awal tahun lalu. Kini setelah mendapat kelonggaran dan kebenaran oleh pihak kerajaan, program berkenaan dikhabarkan akan mulai bersiaran kembali pada 5 Mac ini dengan perlaksanaan SOP yang ketat.

Para peserta bagaimanapun tetap perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan dimana mereka perlu melakukan ujian calitan atau Swab Test bagi mengelakkan sebarang jangkitan dan penularan baru Covid19 dalam kalangan peserta.

Para peserta yang terdiri daripada golongan penyanyi, pelakon dan pelawak rata-ratanya gementar untuk melakukan ujian calitan berkenaan. Bagaimanapun demi melunaskan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat, mereka terpaksa akur melakukan ujian calitan tersebut.

Pelbagai gelagat para peserta boleh disaksikan semasa melakukan ujian calitan berkenaan. Salah seorang juri program tersebut iaitu Zul Arifin juga berkongsi pengalaman melakukan ujian calitan berkenaan menerusi Instagram beliau. Ujian calitan juga tidak mudah buat abang sado seperti Zul Ariffin.

Begitu juga buat salah seorang peserta kumpulan Teruna iaitu Din Latah, boleh tahan juga drama dan gelagat beliau semasa melakukan ujian calitan berkenaan. Ramai sedia maklum dirinya yang kuat melatah dan tidak boleh terkejut.  Disebabkan itulah gelagat Din Latah melakukan ujian calitan berkenaan cukup mencuri tumpuan.

Menerusi perkongsian semula oleh Instagram astro gempak, gelagat Din Latah membuat ujian calitan amat mencuit hati apabila beliau dilihat tidak boleh duduk diam dan ada sahaja latah yang dibuat oleh beliau.

Suasana juga menjadi gamat apabila beliau kemudiannya melatah menunjukkan penumbuk kepada frontliner yang membuat ujian calitan berkenaan. Ramai yang terhibur melihat aksi dan gelagat latah beliau.  Pujian juga wajar diberikan buat frontliner berkenaan yang sangat professional dan tenang mengendalikan orang kuat melatah seperti Din.

Menjengah keruangan komen, rata-rata netizen terhibur kerana dapat menyaksikan gelagat beliau melakukan ujian calitan tersebut. Rakan-rakan yang turut berada bersama Din Latah ketika itu turut membantu fronliner untuk mententeramkan Din supaya memudahkan frontliner melakukan ujian calitan berkenaan.

Bagaimanapun terselit komen dari netizen yang mengatakan bahawa aksi Din Latah berkenaan macam dibuat-buat. Bagi seseorang yang melatah seperti Din adalah sangat tidak masuk akal untuk beliau berlakon seperti buat-buat melatah. Warga maya turut mempertahankan Din dengan membidas kembali komen yang ditinggalkan oleh netizen tersebut.  Berikut komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen terhadap aksi latah Din.

Aksi latah biasanya aksi spontan yang dilakukan oleh orang yang terkejut dengan sesuatu bunyi atau sentuhan. Agak mustahil untuk berlakon secara dibuat-buat atau dipaksa. Kadang-kala komen yang ditinggalkan oleh netizen ada yang tidak munasabah juga yaa. Bersabar lah Din Latah.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!