“Harap saudari jagalah aurat dan jaga nama baik keturunan kita” – PU Syed

Sharifah Sakinah merupakan seorang pelakon wanita di Malaysia. Drama lakonan beliau yang terbaru iaitu Aku Yang Kau Gelar Isteri mendapat perhatian ekoran sifat berani beliau yang melakonkan beberapa babak mengamalkan ilmu hitam. Bagaimanapun baru-baru ini kecoh apabila babak yang memaparkan elemen seram keterlaluan dalam drama berkenaan telahpun dipotong kerana di anggap tidak sesuai untuk tayangan umum.

Disamping aktif sebagai pelakon, beliau juga aktif dengan aktiviti mempromosi senaman menerusi media sosial. Dibawah jenama Fitness Sakinah, beliau juga kerap memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai penjagaan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Nama beliau sering terpalit dengan beberapa kontroversi menerusi beberapa perkongsian di media sosial. Walaubagaimanapun dipercayai kontroversi yang menimpa beliau berkait rapat dengan penyaakit yang dihidapi oleh beliau iaitu ADHD. Sakinah mengakui, ADHD adalah penyaakit dimana membuatkan dirinya tidak boleh duduk diam tanpa berbuat apa-apa. Beliau menjadi seorang yang inginkan perhatian daripada orang sekeliling.

Menyingkap kisah mengenai dirinya yang menghidapi penyaakit tersebut, Sharifah Sakinah berkata tujuan beliau mendedahkan kepada umum adalah untuk memberikan kesedaran awam dan pengetahuan terhadap kesan sampingan yang disebabkan oleh penyaakit itu.

Setelah sekian lama nama beliau hangat dengan kontroversi mempunyai hubungan bersama seorang lelaki warganegara Sweden baru-baru ini Sakinah akhirnya mengakui bahawa beliau telah mengikat tali pertunangan bersama lelaki tersebut dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun beberapa gambar terkini yang dimuatnaik beliau di Instagram yang berpakaian agak terdedah telah menarik perhatian PU Syed untuk memberikan teguran terhadap Sakinah. Niat baik PU Syed itu adalah supaya Sakinah tidak mempeng4ruhi para pengikut beliau yang ramai di media sosial memandangkan beliau adalah golongan selebriti yang sentiasa mendapat perhatian ramai orang.

Menurut PU Syed pada 12 Jan beliau telah menghantar DM atau Direct Message kepada Sakinah menasihati dalam isu berpakaian namun teguran tersebut tidak mendapat respon berkemungkinan besar kerana Sakinah tidak membaca DM tersebut. Disebabkan itu PU Syed bertindak untuk memuatnaik teguran kepada Sakinah secara terbuka sekali lagi untuk pedoman orang ramai.

PU Syed tidak mahu para peminat dan pengikut Instagram Sakinah terikut-ikut gaya hidup Sakinah dan dijadikan rujukan buat mereka kerana ajaran islam telah menggariskan adab berpakaian bagi seseorang mslim dan Mslimah. PU Syed juga berharap agar Sakinah mengambil kesempatan menunjukkan contoh tauladan yang baik buat para peminat dan pengikut beliau.

Sakinah yang menerima teguran tersebut dengan hati terbuka telah memberikan respon menerusi ruangan komen Instagram PU Syed dan beliau juga turut memuatnaik teguran PU Syed tersebut menerusi entri terkini di Instagram beliau dan menulis caption bahawa beliau memohon maaf atas kelakuannya. Sakinah juga memohon agar para peminat dan pengikut akaun Instagram beliau mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Perkongsian semula Sakinah mengenai teguran PU Syed di Instagram beliau itu mengundang pelbagai reaksi  daripada para pengikut akaun Instagram beliau. Namun rata-ratanya memberikan sokongan dan dorongan buat beliau agar berubah secara perlahan-lahan. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen terhadap Sakinah.

 

“Harap awk amik serius teguran tu dan duduk sejenak bfikir apa yg ditegur tu..sume tu utk kebaikan awk sakinah..jgn mrh atau persendakan pd yg menegur..sy doakan sglnye dipermudahkn utk awk dn stsa dirahmati Allah..

sy minat hasil kerja awk..sy berdoa awk berubah ke arah yang lbh baik dlm soal berpakaian dgn menutup aurat krn tutup aurat Allah yg suruh..” – Netizen

“ Yang penting bila buat perubahan dan istiqamah amin amin amin. U r such a positive person n adore u sis” – Netizen

“Tegur tanda sayang.. Alhamdulillah kita sesama ummat islam.. jom sama2 berubah ke arah kebaikan..” – Netizen

“PU Syed done nasihat dan menegur selesai sudah tugas beliau…semuga sakinah diberikan kesedaran oleh yg maha Esa…slow slow tk apa janji berubah kearah kebaikan” – Netizen

“Buat yg mudah dlu sakinah..sluwa panjang dlu..pastu baju plak..lama2 pasti akan terbuka hati..tp kne mulakan dr skrg..” – Netizen

“Hidayah milik Allah..semua segala sesuatu atas izin Allah..ingat ni..menegur jgn sampai menghina..marah jgn sampai memaki,..semoga Ses..akan d berikan hidayah doa yg baik2” – Netizen

“Amik Teguran ini untuk kita semua yg membaca….yg baik kita jadi kan contoh…Semoga bermafaat…terima kasih PU syed atas teguran untuk kami jugak..” – Netizen

Para pengikut Instagram Sharifah Sakinah dan peminat setia beliau pastinya sudah sedia maklum mengenai sikap selebriti tersebut yang sering berpakaian agak terdedah dan mempunyai sikap yang giila-giila.

Walaupun sebelum ini telah ramai ustaz mahupun para pencetus umah yang menasihati beliau, namun mungkin belum tiba masanya lagi buat selebriti berkenaan untuk mengambil langkah drastik berhijrah.

Hidayah itu milik Allah, sebagai peminat doakan sahaja yang baik-baik buat Sakinah. Kakak beliau boleh berubah, tidak mustahil suatu hari nanti Sakinah mengikuti jejak langkah kakaknya mahupun artis lain yang berhijrah pula.

Sumber: ig sharifah_sakinah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!