“Outfit mcm ni sesuai utk Aina, nampak cantik dan elegan”- Netizen

Siapa saja tak mengenali penyanyi terkenal tanah air yang bernama Aina Abdul. Beliau bukan sahaja terkenal dengan bakat nyanyiannya yang luar biasa, malah beliau seorang yang sangat versatile contohnya beliau pernah ditemuramah oleh pihak media di luar negara, hebat bukan ? Bukan calang-calang orangnya bangga ada penyanyi tanah air seperti beliau.

Aina ni nyanyi lagu apa pun confirm merdu tak pernah mengecewakan para peminatnya. Yang paling best beliau seorang yang sangat berfesyen. Malah fesyennya bukan biasa-biasa tau, macam vibes Lady Gaga. Barulah luar biasa namanya.

Jika anda peminat Aina, pasti anda akan berasa sangat teruja dan ingin tahu apakah fesyen yang akan dikenakan setiap kali akan diadakan show. Bukan apa, tiap kali show, beliau punya fesyen memang berbeza beza dan unik.

Itulah yang luar biasa tentang beliau, rasanya belum ada lagi penyanyi dan artis tanah air yang berani memperagakan fesyen yang pelbagai seperti beliau. Siapalah pereka fesyennya, kadang tu ada juga rasa pelik tapi cantik kerana iainya dianggap sebagai fesyen.

Baru-baru ini, beliau dijemput menjadi salah seorang artis jemputan di majlis menyambut Hari Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka. Hebat kan  ? Bukan biasa-biasa, yang menarik perhatian, apabila beliau ketika itu memakai baju yang kelihatan sangat simple tetapi elegan dan sangat sesuai dengannya.

Beliau yang mengenakan baju berwarna hijau tetapi kelihatan sangat simple tidak seperti biasa. Ramai netizen yang mengatakan ianya sangat sesuai dan cantik apabila dikenakan oleh Aina. Pun begitu, dari segi persembahannya tak payah cakaplah, memang terbaik.

Dah nama pun ainaabdul sangat Pandai mengambil hati para peminatnya dan suaranya yang sangat merdu terdapat juga beberapa artis penyanyi lain yang turut hadir dan menjadi jemputan ke majlis Hari Kemerdekaan pada tahun ini

Bagi yang tak berkesempatan untuk mengikuti majlis kemerdekaan pada hari semalam, bolehlah cuba cari di carian YouTube dan lihat apakah fesyen yang diperagakan oleh Aina Abdul pada hari tersebut. Memang cantik dan bergaya

Justeru minat terhadap fesyen pada setiap individu adalah berlainan. Jika ianya nampak tidak menarik di mata kita, tetapi bagi orang lain ianya kelihatan menarik. Semua orang ada cita rasanya yang tersendiri. Betul tak ?

Sumber : Ig Ainaabdul

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!