“Kan dah kena tamp0r dgn mummy” – Netizen

Setelah hampir dua tahun tidak dapat menyambut hari kemerdekaan, akhirnya tahun ini dapat juga orang ramai berkumpul dan menyambut bersama-sama. Teruja rasanya dengan kemeriahan dari malam kemerdekaan dengan konsert dan bunga apii sehinggalah ke tengahari keesokan harinya. Memang teruja benar orang ramai dapat hadir ke konsert dan mendengar penyanyi-penyanyi tanah air bernyanyi secara langsung.

Kemeriahan hari kemerdekaan bukan sahaja hanya di kota raya Kuala Lumpur, negeri-negeri lain turut menyambut dengan meriah sekali. Konsert besar-besaran telah diadakan di negeri Johor dengan kehadiran penyanyi dangdut terkenal negara iaitu Mas Idayu yang hadir bagi memeriahkan suasana.

Mas Idayu bukan hanya terkenal di dalam negara, penyanyi ini juga pernah melebarkan sayap sehingga ke negara jiran Indonesia dengan menjadi juri di salah satu rancangan hiburan nyanyian disana. Jadi, setiap aktiviti yang dikongsikan oleh Mas Idayu di Instagram pasti akan mendapat perhatian dari peminat di Indonesia juga.

Memilih lagu terkenal yang bertajuk Selangit untuk dipersembahkan buat penonton di negeri  Muar, ternyata persembahannya itu mendapat sambutan hangat dari para penonton. Seronok mendengar nyanyian dari Mas Idayu sehingga ada salah seorang penonton yang bangun dan turut menari bersama.

Namun, tindakan Mas Idayu kepada lelaki tersebut telah mendapat sorotan ramai apabila dia telah menampor lelaki tersebut dek kerana terlalu geram. Mungkin akibat terkejut dihampiri okeh penyanyi dangdut ini secara dekat, lelaki tersebut terus terkedu sehingga tak mampu menyambung nyanyian apabila mikrofon dihulurkan kepadanya.

Tidak memandang serius dengan tindakan yang dilakukan oleh Mas Idayu pada ketika itu, penonton yang hadir disana turut tertawa dan terhibur melihat adegannya bersama lelaki tersebut.

Stamina dan tenaga hebat yang ditunjukkan oleh Mas Idayu semasa melakukan persembahan telah dipuji ramai. Walaupun diri sudah meningkat usia, namun dia masih terlihat aktif dan lincah demi memberikan persembahan yang terbaik. Mas Idayu yang ketika itu tidak memakai apa-apa kasut juga telah disedari oleh netizen.

Mula-mula seronok je menari, lepas Mas Idayu datang dekat terus tak berani dah nak menari dan menyanyi. Memang kelakar tengok aksi spontan Mas Idayu melayan penonton. Mesti seronok layan Mas Idayu berdangdut secara langsung kan.

Sumber: Instagram Mas Idayu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!