“Okay sangat, ni level gucci betul”- Netizen

Sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna laman sosial media mengikuti pelbagai trending video yang menjadi kesukaan ramai. Bila sesebuah video jadi trending, mula lah ramai yang berkongsi video mereka masing-masing sehingga menjadi viral. Zaman berteknologi canggih ini, memang mudah jika seseorang ingin menjadi popular. Hanya dengan merakam video sahaja, anda boleh jadi popular dengan kreativiti yang tersendiri tau.

Lebih-lebih lagi apabila video yang dirakam itu cantik dan menarik perhatian ramai, memang confirm cepat viral di laman sosial media terutamanya di Instagram dan Tiktok.

Melihat pada laman sosial media Instagram, ramai netizen mula aktif membuat video Reels sehingga menerima jumlah tontonan yang tinggi. Hebat betul Instagram sekarang..

Malah baru-baru ini, satu video menjadi trending dengan bertemakan jenama terkemuka Gucci. Tema jenama mewah Gucci dijadikan sebagai trending video yang kini diikuti ramai netizen termasuklah golongan selebriti.

Tidak terkecuali, pelakon Fasha Sandha pun tidak terlepas untuk mengikuti trending video bertemakan Gucci Model Challenge. Memang menjadi sungguh bila Fasha buat video yang dikongsi menerusi posting di Instagram.

Dengan outfit Fasha yang serba merah itu, ternyata memang menjadi betul Fasha sebagai muka depan ‘majalah Gucci’. Malah wajah cantik Fasha yang kelihatan muda daripada usianya itu juga mampu membuatkan ramai netizen terpukau melihatnya.

Dalam pada itu, video dikongsi Fasha telah membuatkan netizen teruja. Ramai netizen meninggaalkan komen memuji video Fasha yang betul-betul nampak real itu.

Video Fasha juga telah menerima 688,000 tontonan dan 300 komen. Malah menerima komen daripada suaminya juga iaitu Aidil Aziz dan meminta Fasha membuat video challenge bertemakan jenama Balenciaga selepas ini.

Fasha juga turut memberitahu, suaminya antara orang penting yang merakam video Fasha berkenaan. Betul-betul function suami Fasha, rajin melayan Fasha nak ikut trending Gucci Model Challenge.

Seronoknya tengok video Fasha. Memang real betul Fasha jadi model majalah Gucci hehe..

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!