“Terus segan PU Riz” – Netizen

Neelofa merupakan seorang selebriti dan usahawan yang sering tampil dengan fesyen yang unik. Jika dahulu, Neelofa sering menerima perhatian ramai kerana fesyen- fesyen yang digayakan beliau sering di anggap pelik, namun kini setelah berkahwin dan membuat keputusan memakai niqab, selebriti berkenaan lebih selesa memilih pakaian yang longgar dan menutup aurat seiring dengan penampilan terkini beliau.

Baju yang di gayakan oleh beliau di sebuah majlis baru- baru ini juga berjaya menarik perhatian para peminat. Pelbagai pujian yang di berikan oleh para peminat terhadap pakaian Neelofa itu. Ada yang menyamakan baju berkenaan seperti pakaian bidadari kerana berwarna serba putih. Ada juga yang memuji Neelofa yang pandai mengolah gaya meskipun beliau sudahpun berniqab.

Menyelak sisi peribadi kehidupan selebriti popular ini pula, Neelofa telah mendirikan rumahtangga dengan PU Riz pada bulan Mac tahun lalu dan kini mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun sehingga kini, pasangan popular PU Riz dan Neelofa masih belum berkongsikan wajah anak mereka kepada umum sehingga membuatkan orang ramai ternanti- nantikan perkongsian gambar Muhammad Bilal di media sosial PU Riz dan Neelofa.

Untuk pengetahuan, Muhammad Bilal kini sudahpun berusia 3 bulan dan di khabarkan telah mendapat tawaran menjadi duta sebuah produk. Syukur rezeki Bilal, meskipun baru berusia 3 bulan dan tidak mendedahkan wajah namun rezeki tidak pernah salah alamat.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Meletop, baru- baru ini, pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz telah di jemput sebagai tetamu bagi program hiburan Meletop. Kehadiran Neelofa yang pernah menjadi pengacara bersama Nabil di dalam program berkenaan semestinya mengubati rindu para peminat.

Para peminat program hiburan berkenaan juga telah sekian lama merindui gandingan pasangan pengacara asal program tersebut kembali mengacara.

Nabil juga meluahkan rasa terharu di atas kehadiran Neelofa di program berkenaan setelah sekian lama tidak berjumpa rakan pengacaranya itu.

Bagaikan acara perjumpaan kembali sahabat lama, berlaku insiden yang melucukan sepanjang kehadiran Neelofa di program berkenaan. Neelofa juga kerap di usik oleh Nabil ketika aktiviti menguruskan anak menggunakan model anak patung.

Nabil sempat mengambil peluang mengusik Neelofa apabila menutup wajah model anak patung yang di uruskan Neelofa itu dengan tisu basah memandangkan sehingga kini Neelofa masih belum mendedahkan wajah anaknya Muhammad Bilal.

Menerusi program tersebut juga, Nabil sempat meminta Neelofa berkongsikan detik- detik perkenalan antara beliau bersama suaminya PU Riz.

Menyingkap cerita di sebalik perkenalan beliau dan suami, Neelofa berkata pada awalnya beliau ingin mencari seorang imam untuk mengetuai solat terawih keluarganya sepanjang bulan Ramadhan.

Namun setelah puas bertanyakan beberapa orang imam, namun tiada yang dapat memberikan komitmen sehinggalah beliau bertanya kepada PU Riz. Lebih manis apabila beliau kemudiannya j4tuh cinta kepada PU Riz setelah lelaki itu menjadi imam solat terawih kepada beliau dan keluarga.

Walaubagaimanapun perkongsian Neelofa itu terhenti setakat itu kerana PU Riz tidak mahu isterinya itu mendedahkan lagi perhubungan mereka berdua sehingga ke jinjang pelamin kerana merasa segan.

Sehingga kini perkongsian di intagram Meletop itu telah mendapat sebanyak 319467 jumlah tontonan. Menjengah keruangan komen, perkongsian Neelofa itu menarik perhatian para peminat.

Benarlah kata orang apabila berniat untuk membuat perkara yang baik maka Allah hadirkan perkara yang baik berlaku kepada diri Neelofa. Berikut pula di kongsikan komen netizen.

“ni kalau puriz xckp “dah cukup” confirm lofa smbung lgi mcm mna blh trj4tuh cinta spoil la puriz ni kami nk dgr lagi cmne korang smpai dpt bilal tu” – Netizen

“Alhamdulillah,Nelofa bertemu jodoh dgn seorang lnsan yg boleh membimbingnya hingga kejannah. Amin” – Netizen

Naik segan PU Riz bila Neelofa dedahkan beliau j4tuh cinta kepada suaminya itu setelah menjadi imam solat terawih. Alhamdulillah orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Neelofa juga telah bertemu dengan seorang lelaki yang boleh membimbing beliau kearah jalan kebaikan.

Sumber: ig Meletop

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!