“Okay boleh buat group New Girlz tau Deeja”- Netizen

Sejak muncul bersama kumpulan New Boyz pada era 90an dahulu, nama vokalis utamanya iaitu Tomok masih lagi di kenali dan meniti dibibir para peminat beliau sehingga kini. Walaupun kini Tomok selesa bergerak solo namun Tomok masih lagi membawa nama kumpulannya itu kemana sahaja beliau pergi.  Tomok telah mendirikan rumahtangga bersama bekas pramugari iaitu Rahayu Abas atau lebih mesra di sapa Ayu pada Julai 2011.

Setelah mendirikan rumahtangga lebih 10 tahun, pasangan ini telahpun memiliki 3 orang cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.

Anak ketiga beliau Siti Khadijah telah dilahirkan pada Jun 2021. Penyanyi yang juga pelakon utama filem Istanbul Aku Datang itu sebelum ini memiliki sepasang anak lelaki merasa cukup gembira menyambut kelahiran anak perempuannya itu.

Tomok dan juga isterinya turut bersyukur kerana hasrat untuk menimang seorang anak perempuan akhirnya dimakbulkan oleh yang maha Esa.

Terkini, menerusi Instagram Tomok telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan anak perempuannya Khadijah yang menunjukkan bakat sebagai seorang penyanyi.

Anaknya itu memegang sebuah mikrofon dan dengan santai menyanyikan lagu era 90an iaitu lagu dendangan kumpulan Exist yang berjudul ‘Janji Padamu’.

Khadijah yang baru saja berusia 2 tahun itu di lihat mampu menyanyikan lagu berkenaan dengan baik apabila kanak- kanak tersebut menyanyi mengikut lirik dan juga tempo dengan betul walaupun dengan sebutan yang agak pelat.

Pepatah kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi amat tepat untuk menggambarkan bakat semula jadi anak Tomok ini. Malah perkongsian video berkenaan juga menerima 27,291 tanda suka dan hampir 600 komen daripada para netizen dan juga para penggemar lagu 90an sendiri.

Menerusi ruangan komen, bakat Khadijah menarik perhatian netizen. Rakan artis juga memuji bakat semulajadi anak Tomok itu. Netizen juga kagum dengan kemampuan kanak- kanak tersebut yang menghafal lirik lagu Exist itu dengan baik.

Walaupun masih kecil namun sudah menyerlah kecenderungan Khadijah kearah bidang seni dan meminati nyanyian sepertimana ayahnya. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Namun begitu komen yang di tinggalkan oleh ibu Khadijah iaitu Ayu Abas menerima tanda suka para netizen apabila beliau menasihati anaknya itu supaya mengutamakan pelajaran terlebih dahulu sebelum menceburi bidang seni.

Sumber: ig tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!