“Oh di sini lah bermulanya bibit-bibit percintaan”- Netizen

Drama lakonan penyanyi Nabila Razali dan Aedy Ashraf Kerana Cinta itu Ada telahpun melabuhkan tirainya minggu lalu. Bersiaran di Slot Akasia saluran siaran stesen TV3, drama berkenaan bakal di gantikan dengan sebuah drama adaptasi novel berjudul Ku Akad Kau Dengan Bismillah karya penulis bernama Wawa Akil. Drama ini mempunyai sebanyak 28 episod dan merupakan drama arahan Osman Ali.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah telahpun memulakan episode pertamanya semalam. Drama ini menampilkan gandingan pelakon utamanya Aliff Aziz dan Sophia AlBarakbah serta turut di bantu dengan pelakon berpengalaman yang lain seperti Shah Iskandar, Jasmine Suraya, Zaki Azeman, Didi Astillah, Halim Radzi, Letchumi Sandraj, Jasper Supayah, Jasmin Hamid, Kuna Muzani dan ramai lagi.

Tayangan drama ini mendapat perhatian meluas minggu lalu meskipun masih belum bersiaran di sebabkan kontr0versi yang melibatkan kedua- dua pelakon utama drama berkenaan iaitu Sophia Al Barakbah dan Aliff Aziz.

Kontr0versi yang melanda kedua-dua pelakon utama drama tersebut berlaku di sebabkan pengakuan pelakon wanita utamanya Sophia yang tidak sengaja di katakan telah tersuka dengan Aliff Aziz. Pendedahan berkenaan di umumkan sendiri oleh isteri Aliff Aziz iaitu Bella Astillah.

Susulan pendedahan daripada Bella Astillah itu drama lakonan Aliff dan Sophia, Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu juga turut menerima tempias dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Ada sesetengah netizen yang beranggapan kontr0versi yang melanda adalah bertujuan untuk mempromosikan drama lakonan mereka semata- mata.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram drama sangat, satu video sedutan episod pertama drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah telah di kongsikan buat hebahan warganet. Drama Sangat merupakan nama Instagram rasmi untuk mempromosikan mengenai drama – drama siaran stesen TV3.

Menerusi sedutan babak yang di kongsi kan itu, rata- rata netizen berpendapat Sophia dan Aliff Aziz kelihatan serasi sebagai gandingan di dalam drama berkenaan. Mungkin keserasian yang tercipta itu menjadi satu salah faham dan penyebab berlaku kontr0versi.

Menjengah keruangan komen, babak drama tersebut meraih pelbagai komen positif dan negative daripada netizen. Di sebalik kontr0versi yang melanda, masih ada peminat setia yang tetap memberikan sokongan mereka buat drama tersebut.

Namun begitu, sudah pasti lakonan mereka berdua di dalam drama berkenaan akan di nilai oleh netizen di sebabkan kisah peribadi yang sedang tular ketika ini.

Berikut di kongsikan beberapa komen- komen yang telah di tulis oleh netizen mengenai drama berkenaan.

Sehingga kini Sophia mengambil sikap untuk berdiam diri dan tidak memberikan sebarang komen mengenai kontroversi yang melanda.

Sebaliknya Aliff dan Bella pula telah memberikan kenyataan masing- masing kepada pihak media dan Aliff juga mengambil inisiatif untuk tidak lagi berlakon bersama Sophia demi menjaga hati isterinya itu.

Sumber: ig drama sangat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!