“Ummi pakai tudung saji pun confirm cantik juga” – Netizen

Bertudung adalah satu kewajipan buat wanita musl1mah di seluruh dunia. Tidak kiralah bagaimana cara kita memakai tudung tersebut, yang penting bertudung boleh menutup bahagian aurat yang terdedah. Pelbagai jenis tudung yang kita dapat lihat di zaman serba moden ini antaranya tudung jenis bawal, selendang, instant shawl dan macam-macam lagi.

Melihat selebriti tempatan yang popular, rata-ratanya telah mula memakai tudung dan penampilan terbaru mereka cukup menarik perhatian ramai netizen.

Gaya tudung selebriti tempatan juga menjadi ikutan ramai pengikut di laman sosial media. Almaklumlah selebriti tempatan sudah pasti mengenalan gaya tudung yang terkini kan..

Tidak terkecuali, pelakon Ummi Nazeera antara selebriti yang cantik bertudung dan manis orangnya.

Siapa sangka, dengan hanya tudung sarung je Ummi boleh tampil bergaya dalam salah satu majlis yang beliau telah hadir baru-baru ini.

Tudung sarung yang digayakan umi sangat elegan dan gayanya pun cukup bersesuaian dengan busana yang dipakai oleh Ummi setelah beliau berkongsi beberapa video di Instagram.

Ummi telah berkongsi video beliau menghadiri sebuah majlis dengan bertudung ringkas dan kapsyen ditulis beliau juga telah mencuri perhatian ramai.

Selain itu, posting Ummi telah menerima 23,000 tanda suka dan ramai netizen memuji kecantikan asli yang ada pada Ummi.

“Ummi ni pakai apa pun lawa, lain dr yg lain sgt ummi, tudung sauk lun tudung sauk lah janji yg pakai tu let0pzz”- Netizen

Nampak manis je Ummi dengan tudung sauk. Janji selesa bila pakai sepanjang hari kan hehe..

Sumber: Instagram Umminazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!