“Nyamma laju eh baca, yang comey dia senyum”- Netizen

Sejak di usia kecil lagi, kita semua dinasihatkan supaya mengajar anak-anak kita belajar berpuasa, solat dan membuat segala menda yang mendatangkan pahala. Bukan apa, nanti mereka dah besar, senang lah sikit sebab dah terbiasa buat semua menda tu dahulunya. Korang beri pendedahan kepada anak-anak sejak mereka usia berapa ?

Semua menda ini, kadang kala tak perlu tunggu waktu mereka dah dewasa, tetapi kita kena laha ajarkan mereka sewaktu mereka berusia masih kecil lagi. Bak kata orang, slowly but surely. Perlahan-lahan ajar anak-anak supaya buat perkara yang mendatangkan pahala.

Ada dimuat naik video telatah anak kesayangan kepada Fazura dan juga Fattah yang bernama Nyamma. Rasanya korang semua sudah sedia maklum akan anak kesayangan pasangan mereka berdua ni, orangnya sangat cantik dan comel. Geram tengok.

Telatah Nyamma yang sangat excited nak baca doa makan, setelah katanya agak lapar dek kerana berpuasa. Alahai, comel je si budak kecil ni, pandai Nyamma kecik-kecik sudah pun belajar berpuasa, teruja pula rasanya.

Tengok Nyamma baca doa, sepertinya si comel tu sangat tak sabar untuk berbuka puasa. Yelah, lapar seharian tak makan, mestilah excited bila dah nak tiba waktu berbuka puasa, sedangkan kita yang dewasa ni pun sangatlah teruja nak berbuka puasa.

Daddy nya duk perati je dekat anak kesayangan nya itu yang membaca doa. Comel je tengok telatah keluarga kecil ni. Kita tengok pun kita turut ikut happy dengan mereka semua. Suka bapa tengok anak dia banyak ragam.

Pun begitu, perkara sebegini tidak perlu diajar dan ditunggu setelah anak meningkat usia. Apa salahnya kalau kita ajar ketika mereka di usia nya yang masih kecil. Nanti dah besar, takdalah kekok sangat nak biasakan diri mereka.

Korang semua ajar anak-anak korang berpuasa ketika mereka di usia berapa ? Susah ke senang nak biasakan anak-anak korang ikut apa yang disuruh. Tapi, perlu diingat bahawa kita tidak bolehla memaksa mereka dengan cara yang agak keras.

Bahkan, kena ajar mereka dengan cara yang lemah lembut dan sewajarnya. Bukan apa, takut nanti mereka rasa seperti dipaksa. Apa yang lebih penting adalah konsisten dalam melakukan perkara tersebut. Slowly but surely. Betul tak ?

Sumber : Ig Sayangselaseh01

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!