“Sarung tangan tak pakai, mask tak pakai, apron tak pakai, Hurmm” – Netizen

Menjelang bulan puasa ni, banyak video-video masakan yang dimuat naik di dalam media sosial. Pun begitu, kita yang tengok video tersebut pun dari jauh lagi akan rasa terliur dengan segala juadah masakan yang dimuat naik dan dikongsi di dalam video tersebut. Korang suka tak tengok video masakan ?

Selepas saja tengok video yang dimuat naik itu, sudah tentu kita akan rasa terliur dan terasa nak beli saja bahan-bahan ataupun makanan yang diviralkan itu. Tak sampai sejam viral, sudah pasti orang ramai akan terpusu-pusu dapatkan juadah tersebut.

Tular akan video pasangan Aeril Zafrel dan juga Wawa Zainal yang memuat naik video mereka menyediakan minuman yang sangat lazat di akaun Instagram mereka. Wah, dari awal sampailah akhir video, sudah pasti buat kita terliur.

Mereka berdua yang sedang menyediakan dua jenis air minuman iaitu air tembikai susu dan juga jagung. Sekali tengok diorang tuang kordial tersebut, memang telan air liur lah kita semua tengok. Dengan air batu lagi tu, tak senang duduk dibuatnya.

Tengok diorang tuang pun dah buat kita tak senang duduk, apatah lagi kalau dapat minum air tersebut kan. Lagilah terasa nikmatnya tu, mujur lah bulan puasa, kena tahan dari makan dan minum sampailah azan Maghrib berkumandang.

Pasangan tersebut mengatakan bahawa air minuman tersebut adalah untuk orang ramai. Bak kata mereka, siapa datang awal boleh minum terus. Kena datang awal lah kot baru boleh minum yang tengah fresh-fresh tu. Nanti dah lama ais batu cair.

Rata-rata netizen semuanya memberi komen bahawa mereka sangat terliur melihat air yang disediakan oleh Wawa dan Aeril tu. Semua komen kata pakat nak datang dan grab air tersebut, tapi alangkah sedihnya bila rata-rata duduk jauh dari kawasan.

Kalau datang awal boleh minum, datang lambat terus tak dapat peluang nak rasa air yang dibancuh oleh pasangan tersebut. Dari jauh dah bau dan boleh imagine akan kenikmatan air tersebut. Bukan selalu nak dapat air free dari artis ni kan.

Bagi yang berdekatan, boleh lah cepat-cepat nanti dapatkan air balang dari artis-artis yang lain ya. Apa yang penting adalah kita semua kena pastikan kita puasa penuh tahun. Pastikan kita selalu meriahkan bulan Ramadhan ini ya sampai lah ke penghujungnya.

Sumber : Ig Aeril_zafrel

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!