“Afwa gigih nak tiup tu”- Netizen

Ulang tahun kelahiran adalah hari yang paling ditunggu-tunggu oleh semua. Bukan apa, pada hari tersebut, sudah tentu kita semua akan diberikan hadiah yang banyak dan istimewa dari semua orang sekeliling. Pun begitum pada hari tersebut kita akan diberikan layanan yang istimewa. Birthday korang semua bila ?

Time birthday, bagitahu dan request sajalah apa yang kita nak, sudah tentu orang sekeliling akan usahakan untuk memberikan hadiah tersebut kepada korang. Time ni lah nak tapau semua menda kan ? Nak itu ini, akan dilayan saja karenah.

Aafiyah baru saja menyambut ulang tahun nya yang ke lima tahun. Sedar tak sedar, dah lima tahun umur Aafiyah kan. Rasa macam baru sahaja dengar ibu kesayangan nya menyanyikan lagu legend ting ting tang ting tu. Masih terngiang-ngiang.

Pun begitu, setiap kali birthday, sudah pasti akan ada kek sebagai salah satu simbolik yang wajib. Kalau tak ada kek, sudah pasti tak lengkap jamuan ulang tahun pada hari tersebut. Korang semua suka kek flavour apa ? Coklat atau pun buah-buahan ?

Ada dimuat naik video di mana Aafiyah yang disambut mesra oleh ahli keluarga nya pada ulang tahun kelahiran nya itu. Ramai orang sekeliling yang berada di sebelah nya dah sama-sama menyanyikan lagu ulang tahun serta dengan kek dan lilin.

Yang menarik perhatian netizen, setelah melihat telatah adik kesayangan nya Afwa yang berdiri di belakang kakak nya. Yg sangat excited melihat kek ulang tahun kakak nya yang ada lilin tu. Adik pulak yang excited ye.

Jelas kelihatan telatah Afwa yang ingin meniup lilin pada kek tersebut. Duk jenguk-jenguk saja kek kakak kesayangan nya itu. Mulut tu tak habis-habis buat-buat tiup. Walaupun jauh, tapi tetap usaha nak tiup lilin birthday cake kakaknya.

Bila sudah dinyalakan api, terus tersenyum Afwa dan berusaha untuk tiup kembali lilin pada kek kakak kesayangan nya tu. Alahai, tapi satu pun tak sempat nak tiupkan dek kerana si kakaknya berjaya meniup ketiga-tiga lilin pada kek tersebut.

Ibu nya pun sempat pesan supaya si kakak men1nggalkan satu lilin yang menyala supaya si adik dapat juga merasa tiup lilin kek tersebut. Tapi, tak sempat sebab kakak dah tiup. Ngekek tengok Afwa yang semangat nak tiup lilin tu. Tapi tetap tak berhasil.

Sumber : Ig Muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!