“Seriau tgk pakai kasut tinggi tu, jgn pakai dlu sbb preggy” – Netizen

Lazimya dia hanya tampil mendedahkan tentang bisnes dan membuat ulasan produk berbayar di Instagramnya. Jarang sekali berkongsi perihal anak-anaknya. Diam tak diam, rupanya-rupanya dah nak masuk empat orang cahaya mata kepada penyanyi putih gebu, Adira Suhaimi ini. Baby bump naib juara musim kelapan program realiti, Akademi Fantasia (AF8) ini juga tampak dah makin ketara.

Dalam banyak-banyak pertanyaan netizen di ruangan komen hantarannya kali ini, ketika ditanya tentang kehamilannya, Adira memberitahu bahawa anak dikandungnya kali ini merupakan yang ke-4.

Dalam sibuk-sibuk beliau menyambal untuk jualan perniagaannya seperti selalu dikongsikan di medsosnya, tak sangka rupanya Adira sedang berbadan dua. Ya lah… siapa tahu kerana tak nampak macam hamil pun.

“Loveeee sangat sissss loveee”, “Sbp orang yg pakai baju ni memang lawa”, “Sy pndang kasut je . Huhu . Beli kt mane tu”, “Anak ke brapa nie semakin cantek ibu nie”, “Baik² adira..”, “Stokin mana”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang rupanya bahagian kaki Adira menancap pandangan. Rupa-rupanya Adira selalu berpakaian mvslimah dan bersarung kaki, tapi tak mengenakannya kali ini membangkitkan pertanyaan netizen.

Lebih dari itu, kasutnya dipakaikan dalam video hantarannya ini juga ‘merisaukan’ netizen. Apa tidaknya, walaupun cantik bercahaya kekuningan sekata baju, tetapi tinggi dan tebal.

Sudah tentulah dalam keadaan mengandung gamaknya ramai yg risau Adira jika terseradung dengan kasut itu. Memang boleh mengundang bah4ya. Padanlah ramai yang khuatir. Prihatin betul netizen kita.

Untuk info sebelum ini Adira ada berkongsi di media akan niatnya agar bidang nyanyian dan perniagaannya seiring. Beliau perlvkan perniagaan sebagai ‘back up’ masa depannya dan anak-anak.

Adira juga berhasrat terus berkarya dan dalam masa sama dapat meluangkan masa membesarkan anak-anak. Malah setakat ini, tidak pernah terfikir hendak memperlahankan kerjaya seni.

Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red. Pernah memfailkan penc3raian pada April 2019, namun syukurlah nampaknya perkahwinan dibina masih bertahan bahagia hingga hari ini.

Sumber : IG Adira Suhaimi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenaka-4

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!