“Nak follow pun seram aih, garang sungguh Ustaz” – Netizen

Nama penceramah agama Ustaz Abdullah Khairi cukup terkenal menerusi beberapa siri ceramah beliau di media sosial. Menariknya mengenai Ustaz Abdullah Khairi ini beliau menggunakan pendekatan seperti “jerkah” apabila menyampaikan ceramah dan teguran beliau kepada para pendengar. Suara beliau yang cukup kuat dan tegas itu adakalanya membuatkan para pendengar terkejut namun turut terhibur.

Menyingkap sisi peribadi beliau, sebelum ini beliau pernah bertugas sebagai seorang jurutera sebelum mendalami bidang agama. Bapa beliau merupakan insan terpenting yang mencetuskan minat beliau untuk mendalami bidang ilmu agama.

Ustaz Abdullah Khairi mempunyai sebuah pusat tahfiz sukan pertama di Malaysia iaitu Maahad Tahfiz As-Syafie (MATAS) di Kampung Lubok Meriam Tasek Gelugor Pulau Pinang. Maahad berkenaan terbuka kepada pelajar yang berminat dalam bidang sukan dan mereka dibenarkan bersukan sebelah petang selepas menghafal satu muka surat Al-Quran.

Walaupun bergelar seorang ustaz dan sering memberikan ceramah agama, namun beliau juga tidak terlepas apabila dikritik oleh netizen kerana sering menggunakan nada suara yang tinggi untuk menegur ketika sesi ceramah agama beliau. Ustaz Abdullah Khairi berkata sudah menjadi adat dalam menyampaikan ceramah dan dakwah pasti ada yang suka dan kurang suka dengan cara beliau.

Namun begitu jika menunggu untuk orang suka kita, berkemungkinan besar sehingga dalam kubur pun akan ada yang tak suka. Ustaz Abdullah Khairi bagaimanapun tidak mengambil hati dengan kritikan yang diterima beliau itu malahan mendoakan supaya netizen tersebut mendapat yang terbaik dalam kehidupan mereka. Menurut Ustaz Abdullah Khairi lagi, jika mengikut ilmu psikologi jika musuh perlu maafkan.

Terkini menerusi instagram, Ustaz Abdullah Khairi telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau secara berseloroh meminta dan menjemput orang ramai agar mengikuti beliau di Instagram.

Namun cara beliau yang sangat dikenali sebagai seorang yang bersuara lantang seperti “jerkah” itu mengejutkan para pengikut akaun instagramnya kerana secara tiba-tiba meninggikan suara ketika meminta orang ramai mengikuti beliau.

Menerusi ruangan komen, rata- ratanya berkata mereka merasa sangat terkejut dengan video berkenaan apatah lagi ketika Ustaz Abdullah Khairi jerkah mereka secara tiba- tiba.

Sehingga kini video berkenaan telah mendapat sebanyak 160,000 ribu tontonan dan menerima sehingga 1166 komen daripada para penonton. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan oleh netizen.

Kebanyakkan orang ramai sangat menyenangi cara Ustaz Abdullah Khairi dalam menyampaikan ceramah kerana bagi mereka setiap ustaz mempunyai kaedah mereka sendiri untuk menarik para pendengar.

Tambahan pula cara Ustaz Abdullah Khairi yang memberikan ceramah dan menegur dalam nada suara yang agak kuat dan tegas membuatkan para pendengar lebih cepat faham dan lebih mudah memberikan tumpuan kerana merasa terhibur dan tidak mengantuk.

Sumber : Instagram abdullahkhairi_official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright  akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!