“Perhatian utk semua wanita diluar sana yg suka sondol laki orang” – Che ta

Rozita Che Wan atau nama sebenar beliau Rozita Abu Bakar merupakan seorang pelakon yang terkenal di Malaysia. Beliau yang mesra di sapa Che Ta mula dikenali selepas muncul di dalam drama Diari Ramadhan Rafiq. Che Ta sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Namun jodoh beliau tidak panjang dan menjadi seorang ibu tunggal selama 10 tahun sebelum berkahwin kali kedua dengan pelakon Zain Saidin.

Che Ta dan Zain berkenalan ketika sama-sama berlakon di dalam drama Kiah Pekasam. Mereka berdua akhirnya mendirikan rumahtangga pada tahun 2013 dan mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aishah Dhia Rana yang kini berusia 7 tahun.

Aishah Dhia Rana yang juga mesra dalam kalangan netizen dengan panggilan Ecah juga kini sangat petah berkata-kata. Telatah anak beranak itu juga turut mencuit hati apabila dikongsikan oleh ibunya itu menerusi instagram Ecah sendiri.

Sehingga kini instagram yang diwujudkan oleh ibu bapanya sejak Ecah masih kecil itu sudahpun mencecah 1.5 juta pengikut. Gelagat Ecah juga sering mencuri tumpuan netizen dan video-video si cilik itu juga mencecah ratusan ribu tontonan setiap kali dimuatnaik. Semakin membesar wajah kanak-kanak tersebut semakin mewarisi kejelitaan ibunya.

Terkini menerusi akaun Instagram pelakon Kiah Pekasam itu, Che Ta telah memuatnaik sebuah video yang menunjukkan dirinya sedang mengasah piisau. Beliau yang cukup dikenali dengan celoteh dan mulutnya yang seperti bertih jagung turut memberikan “pesanan” kepada para wanita diluar sana yang suka mengganggu suami orang.

Video berdurasi beberapa minit itu antara lain turut menyampaikan pesanan Che Ta terhadap nasib yang bakal menimpa wanita yang ingin mengganggu suaminya. Menurut Che Ta, piisau yang sedang di asah itu bakal ditujukan kepada wanita yang berani mengganggu suami beliau.

Tidak cukup dengan piisau, berkemungkinan besar beliau juga akan menggunakan kaedah yang lebih xtrme kepada wanita yang menganggu kebahagiaan beliau bersama suaminya.

Video mengasah piisau tersebut pada awalnya adalah persediaan Che Ta sebelum memasak namun bertukar menjadi agak seram apabila pelakon tersebut sempat menitipkan pesanan kepada wanita yang suka merampas kebahagiaan orang lain.

Sudah namanya Che Ta, ada sahaja adegan mencuit hati yang dilakukan oleh pelakon ini dengan gelagat beliau yang suka berceloteh itu. Video berkenaan mencuri perhatian para pengikut akaun Instagram beliau apabila memperolehi sebanyak hampir 280,000 tontonan dalam tempoh hanya 3 jam setelah dimuatnaik oleh isteri kepada Zain Saidin itu.

Ternyata pesanan Che Ta itu menyebabkan netizen merasa seram sejuk dan gerun. Menariknya ada juga netizen yang memberikan idea kepada rakan-rakan mereka yang lain supaya suara Che Ta itu dijadikan parodi di video applikasi Tiktok yang semakin popular di media sosial pada masa kini. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen diruangan komen hantaran video berkenaan.

Walaupun Che Ta terkenal dengan celoteh beliau yang mencuit hati namun ramai yang menyenangi keperibadian pelakon tersebut sehingga pelakon tersebut mempunyai seramai 5.1 juta para pengikut di akaun Instagram beliau.

Pada usia yang hampir mencecah 50an, Che Ta masih kelihatan jelita dan menawan. Mana mungkin ada wanita yang boleh menandingi Che Ta. Rasanya wanita diluar sana pun kecut perut nak jadi madu Che Ta.

Sumber : ig rozita che wan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!