“Ni kat mana? Nnt ada org menggiila pi cek semua hal Lofa”- Netizen

Hampir sebulan bergelar pasangan suami isteri, pelbagai dugaan telah di hadapi oleh pasangan sensasi Neeloafa dan PU Riz. Benarlah tidak mudah menjadi suami kepada Neelofa iaitu seseorang yang begitu dikenali ramai kerana amanah dan tanggungjawab yang perlu di pikul begitu besar dek kerana membawa nama pasangannya bersama dalam apa jua tindakan dan keputusan yang melibatkan mereka.

Bagaimanapun isu yang melibatkan pasangan ini kembali hangat apabila mereka berdua dikatakan telah melakukan pergerakan merentas negeri kali kedua. Beberapa hari lepas tular pula video dan beberapa keping gambar beliau membeli karpet di Nilai 3.

Netizen mengesyaki selebriti berkenaan sekali lagi mengambil kesempatan untuk merentas negeri bagi kegunaan peribadi. Neelofa juga dilihat memuatnaik gambar beliau bersama PU Riz di kedai karpet tersebut.

Isu berkenaan sekali lagi mengundang rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai kerana selebriti berkenaan seakan tidak mengambil pengajaran terhadap isu yang berlaku sebelum ini.

Mereka juga mempersoalkan PU Riz kerana tidak mendidik isterinya sebagai seorang suami.

Perkongsian di Instagram peminat Neelofa hari ini tular pula sebuah video yang menunjukkan Neelofa telahpun singgah di sebuah kedai menjual perkakasan pinggan mangkuk.

Dalam video berkenaan Neelofa dilihat sedang membelek beberapa pinggan mangkuk sambil di bantu oleh beberapa orang jurujual.

Menerusi rakaman video, individu yang merakamkan kehadiran Neelofa berkenaan dipercayai kakitangan kedai tersebut terlebih dahulu telah menjelaskan bahawa lokasi kedai berkenaan adalah di salah satu cawangan mereka di Ampang.

Perkongsian daripada individu tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada para netizen. Ruangan komen terus di hujani beberapa komen oleh netizen yg prihatin mengenai lokasi Neelofa membeli perkakasan pinggan mangkuk berkenaan dan tidak mahu sekiranya pergerakan rentas negeri berlaku buat kali ketiga oleh selebriti berkenaan.

Berikut dikongsikan komen-komen yang ditinggalkan netizen.

Sebagai rekod untuk k3s yang pertama dahulu Neelofa telah membuat permohonan maaf di atas kekhilafan beliau dan berkata beliau sepatutnya menunjukkan contoh yang lebih baik kepada masyarakat.

Isu mengenai Neelofa melnggar SOP turut melibatkan salah guna kebenaran merentas negeri apabila netizen mengesyaki selebriti berkenaan mengambil kesempatan untuk berbulan madu.

Semakin hari k3s C0v1d19 semakin menunjukkan peningkatan yang ketara menyebabkan rakyat mulai bimbang. Sebagai rakyat yg bertanggungjawab, marilah kita sama-sama menjaga SOP bagi membantu negara menurunkan k3s C0v1d19.

Sumber: ig lofa world, lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!