“Beraya tanpa ibu”, wlpn tgl berdekatan, Dr Sheikh Muszaphar sedih terpaksa beraya awal demi PKP

Hampir sebulan berpuasa kini hanya berbaki seminggu sahaja lagi umat islam bakal menyambut ketibaan syawal. Ramai yang sudah mula menyediakan kelengkapan untuk menyambut hari bahagia tersebut seperti membeli baju raya, biskut raya dan juga barangan rumah. Bagaimanapun orang ramai menyambut berita sedih apabila kerajaan mula melaksanakan kembali PKP demi menurunkan k3s harian C0v1d yang kian meningkat.

Pelaksanaan PKP membataskan lagi sambutan perayaan aidilfitri tahun ini apabila orang ramai tidak lagi boleh merentas daerah untuk berkunjung kerumah keluarga terdekat walaupun terletak tidak jauh daripada kediaman masing-masing. Begitu juga yang di lalui oleh angkasawan pertama negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar.

Pasangan Dr Sheikh dan isterinya Dr Halina telah mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010. Hasil pernikahan mereka selama hampir 11 tahun mereka dikurniakan 6 orang anak terdiri daripada 3 orang anak lelaki dan 3 orang anak perempuan.

Pasangan kembar terbaru beliau kali ini adalah seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan. Dr Sheikh juga sudah mengumumkan nama mereka berdua iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.

Pasangan kembar tersebut telah dilahirkan pada November tahun lalu dan kini hampir berusia 5 bulan.

Terkini menerusi Instagram Dr Sheikh, beliau memuatnaik sebuah video dimana beliau terpaksa beraya awal bersama ibunya ekoran perlaksanaan PKP oleh kerajaan yang menyebabkan larangan merentas daerah dikuatkuasakan.

Coretan puisi Dr Sheikh di entri berkenaan juga cukup melambangkan rasa duka dihati beliau.

Menurut Dr Sheikh rumah ibunya itu hanya berdekatan namun kerana larangan merentas daerah dan negeri semasa PKP beliau terpaksa akur dan menyambut syawal lebih awal bersama ibunya. Dalam video tersebut kelihatan Dr Sheikh, isteri dan anak-anak mengadakan sesi bermaafan bersama ibunya.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram Dr Sheikh berkata mereka turut merasa hiba dan sebak kerana merindui keluarga masing-masing.

Suasana sambutan perayaan pasti tidak akan sama tanpa kehadiran insan tersayang di sisi. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan netizen diruangan komen.

Siapa yang tidak rindukan keluarga di kampung. Lebih-lebih lagi bila tiba musim perayaan sebegini. Pasti ramai yang mahu berada di samping ibu dan bapa mereka masing-masing.

Walaubagaimanapun pandemik yang melanda negara ketika ini kian meruncing menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik melaksanakan PKP demi menurunkan kembali k3s harian di Malaysia. Mudah-mudahan pndemik ini bakal berakhir suatu hari nanti.

Sumber: ig dr sheikh muzaffar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!