“Tahniah Fida”, sepupu Tokti, Fida Ibrahim selamat bergelar isteri bekas pengurus

Agak lama sudah kita tidak mendengar khabar terbaru pelakon dan penyanyi Rafidah Ibrahim. Beliau muncul dalam bidang hiburan setelah menjadi juara pertandingan mencari bintang Pantene sekitar tahun 2007. Dalam pada itu ramai yang mengenali beliau sebagai salah seorang sepupu kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza. Jadi tidak hairanlah wajah beliau seakan seiras dengan penyanyi kesayangan ramai itu.

Nama beliau berada di kemuncak setelah berkolaborasi dengan Datuk AC Mizal dan kumpulan Stella apabila turut terlibat dan menyanyikan lagu “Apo Kono Eh Jang” yang diberikan nafas baru.

Fida sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah namun akhirnya berpisah kerana tidak serasi sebelum menjalin hubungan bersama pelakon Zalif Sidek namun hubungan tersebut juga tidak kekal lama.

Terkini menerusi Instagram Fida telah memuatnaik sekeping gambar beliau bersama suami dan mengesahkan bahawa perkahwinan tersebut telah berlangsung petang semalam.

Suaminya itu dikhabarkan adalah bekas pengurusnya sendiri dan perkenalan mereka hampir 10 tahun

Majlis perkahwinan tersebut berlangsung secara sederhana di Msjid Jamek Kampung Baru dan hanya di hadiri keluarga terdekat kerana perlu mengikuti SOP yg ditetapkan oleh kerajaan.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram dan peminat Fida mengucapkan tahniah di atas berita perkahwinan berkenaan. Mereka juga mendoakan supaya hubungan tersebut berkekalan dan diberkati yg maha Esa.

Hampir 10 tahun berkenalan, lama betul hubungan Fida dan bekas pengurusnya itu bertahan. Orang kata kalau dah jodoh tak kemana. Akhirnya Fida dah selamat disatukan dengan bekas pengurusnya sendiri. Tahniah buat Fida dan suami

Sumber: ig Rafidah ibrahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!