10 tahun menunggu, Irwansyah dan Zaskia Sungkar timang cahaya mata pertama

Penyanyi dan pelakon berasal Indonesia iaitu Irwansyah telah menimang cahaya mata pertama apabila isterinya Zaskia Sungkar selamat melahirkan putera sulung nya itu semalam. Akhirnya penantian selama 10 tahun pasaangan ini untuk menimang zuriat itu telahpun dimakbulkan oleh Allah. Irwansyah juga turut berkongsi perasaan gembiranya itu bersama para peminat dan pengikut apabila memuatnaik beberapa gambar diinstagram beliau ketika isterinya di dalam dewan bdah.

Irwansyah turut mengucapkan terima kasih kepada dktor dan juga rakan-rakan yang tidak putus mendoakan beliau dan isteri.

Beliau berharap supaya doa yang dititipkan kepadanya itu akan dibalas dengan kebaikan oleh Allah kembali. Menurut Irwasyah lagi anak lelakinya itu tidak berhenti menyusu.

Nama Irwansyah mula dikenali di Malaysia menerusi sebuah filem yang berjudul Heart. Selain dari berlakon Irwansyah juga merupakan seorang penyanyi dan popular dengan lagu Pencinta Wanita serta My Heart duet bersama Acha Sepriasa.

Irwansyah mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dengan pelakon Zaskia Sungkar yang merupakan kakak kepada Shireen Sungkar pada 15 Januari 2011 hanya selepas 8 bulan mengenali hati budi.

Hubungan pasaangan ini diuji apabila mereka berdua masih belum mendapat zuriat setelah 10 tahun bernikah.

Tidak berputus asa akhirnya hasrat hati pasaangan ini menjadi kenyataan. Mereka berdua dikurniakan buah hati pertama yang merupakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Ukkasya Muhammad Syahki.

Keterujaan menimang pertama sulung itu Irwahsyah turut kongsikan menerusi saluran Youtube beliau.

Ruangan komen di entri yang dimuatnaik oleh beliau di Instagram di hujani ucapan tahniah dan sebak kerana penantian mereka selama ini telahpun berakhir.

Para peminat begitu gembira dan mendoakan agar kehidupan pasaangan ini menjadi lebih ceria dan gembira dengan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Tahniah buat pasaangan Irwansyah dan Zaskia Sungkar. Sesungguhnya hanya Allah yang lebih tahu masa yang sesuai untuk pasaangan itu mempunyai anak.

Mungkin kini telah tiba masa yang selayaknya sesuai untuk pasaangan ini. Buat pasaangan lain yang masih menanti dikurniakan cahaya mata jangan putus berdoa dan berikhtiar. Mudah-mudahan mendapat rezeki sepertimana paasangan lain juga selepas ini.

Sumber: ig irwansyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!