“Nasib xde peny4kit semp0t ko Bell, geli hati akak tgk ko ni lah haha” – Netizen

Esok merupakan hari sibuk dalam negara dek hari mengundi barisan k3rajaan baharu. Pastinya ramai dalam kalangan kita terutama yang tak memihak mana-mana tengah pening nak memikirkan untuk memangkah undi wakil p4rti mana satu. Jika dalam bidang hiburan, gelombang p0litik kini nampaknya memungkinkan artis juga secara terbuka menunjukkan sokongan p0litik kepada mana-mana p4rti.

Yalah… jika sebelum ini sedia maklum jika seseorang retis itu menampakkan sokongan tak menjurus kepada p4rti yang dominan, pasti susah cari job. Lebih ter0k, di b4n terus daripada keluar media.

Pun begitu, perubahan arus p0litik dalam negara sudah sebaliknya. Baharulah nampak demokrasinya. Demikian pun, dalam kehangatan berkempen, mesti ramai yang tak tahu nak undi yang mana.

Melihat perkongsian video pelawak, Bell Ngasri ini yang berlakon acah pemimpin, ada pula mencadangkan agar dirinya yang bertanding dan diundi. Kalau betul dia bertanding, cuba bayangkan mungkinkah rakyat tak kering gusi dibuatnya..

“One of my favourite Malaysian comedian”, “Undi bang bell lagi baik..klakar lawak lagi”, “hidup yb barkoba.. yak yak yeay”, “Utamakan raykat”, “Jgn sengal sgt Bell”, “Ini yang saya mahu yb..”. Itu antara komen netizen.

Macam-macam Bell ni ya… apa pun bagus juga apa diungkapkannya dalam video hantarannya itu. Bell mengingatkn dalam mengundi pemimpin, pastikanlah agar golongan berkenaan sejenis yang mengutamakan rakyat.

Pilihlah pemimpin yang boleh membuatkan kita bersatu sebagai keluarga Malaysia untuk menjamin kesejahteraan negara, katanya. Bell juga semangat mengingatkan agar masyarakat mengambil tanggungjawab untuk keluar mengundi.

Jika dilihat daripada lontaran suara dan caranya berucap itu, biarpun berbunyi lucu dengan misai kontotnya yang dah senget-benget, memang boleh tahan juga kalau Bell jadi wakil calon ya… Mana tahu..

Apa pun hak mengundi di tangan masing-masing. Semua yang layak mengikut kriteria mempunyai hak memilih. Yang penting tepuk dada dan tanya selera. Kalau nak memilih calon dalam kalangan artis pun apa salahnya.

Antara artis mahu menjadi calon wakil rakyat pada PRU kali ini antaranya pengarah dan aktor, Datuk Seri Eizlan Yusof (kerusi Parlimen Sabak Bernam), Dr Ahmad Idham (Parlimen Port Dickson), Azlan Sani Zawawi atau Lando (Parlimen Tg Karang) dan pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli (Parlimen Lenggong).

Sumber : IG Bell Ngasri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!