“MashaAllah Fasha Sandha pun kelakar laaa haha” – Bienda

Bergelar seorang selebriti sememangnya boleh mengecapi populariti dan menjadi perhatian peminat setiap masa. Pergi ke mana-mana sahaja, pasti ramai orang tahu keberadaan selebriti itu di tempat umum. Itulah kehidupan seorang selebriti termasuklah pelakon popular Fasha Sandha yang sering menjadi tumpuan peminatnya. Bukan sahaja cantik, malah beliau sangat menghargai peminatnya dan cukup lemah lembut orangnya.

Melihat kehidupan Fasha menerusi laman sosial media, beliau sedikit pun tidak kekok untuk berkongsi di sebalik sisi kehidupan peribadinya bersama netizen.

Malah Fasha juga sering memuatnaik video di sebalik tabir beliau bekerja di tempat penggambaran drama. Tak dinafikan, setiap drama yang ada lakonan Fasha pasti membuatkan ramai penonton ternanti-nanti.

Baru-baru ini juga, Fasha sempat berkongsi sebuah video di Instagram gara-gara mahu ikut video trending.

Melihat video berkenaan yang menunjukkan kecantikan Fasha ketika sedang bersolek, ramai netizen terpukau melihat Fasha yang sememangnya cantik.

Sebahagian kenalan artis juga turut memuji kecantikan Fasha. Dan mereka juga akui, Fasha cantik semulajadi dan cantik dengan budi bahasa beliau.

Jika kita sendiri melihat Fasha menerusi video miliknya, jelas Fasha seorang yang lemah lembut dan disayangi ramai sahabat.

Sementara itu, ruangan komen pada posting Fasha telah menerima banyak pujian daripada netizen. Rata-ratanya memuji kecantikan Fasha dan teruja melihat artis kesayangan mereka itu dan ada yang mengatakan rupa Fasha seperti Puteri Balqis lepas make up.

Video Fasha juga meraih 313,000 tontonan sejak dimuatnaik Khamis. Nampaknya memang ramai suka melihat video terbaru Fasha

Cantiknya Fasha dengan penampilan berbaju ungu. Nampak menarik betul kan.. Awet muda pula tu walauoun dah jadi mommy.

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!