“Hpy bday Tokram, kelakar muka dia time last2 tu, mcm nk terkam je hp tu” – Netizen

Rumah tangga siapa yang tak pernah diuji… Begitupun jika cinta setulus hati pasti semuanya dapat diharungi dengan tenang. Makin lama dilihat, makin tampak sweet saja pasangan ini iaitu pemuzik dan penggubah lagu, Datuk Ramli MS atau nama sebenarnya, Ramli Mohd Salleh dan penyanyi versatil, Datin Alyah. Lihat saj4lah video dikongsikan Alyah sempena hari lahir suaminya itu.

Tampak mereka semakin serasi bersama. Ya umum tahu jarak usia antara mereka agak besar juga. Ramli atau mesra dipanggil Tokram ini kini berusia 64 tahun, manakala Alyah 41.

Gamaknya jarak usia sedemikian yang menyerasikan mereka. Begitupun, di kala Tokram kini sudah memasuki usia emas, ramai juga tampaknya yang terpegun dengan ketrampilannya.

Tubuhnya masih kelihatan sihat dan tegap agak lari daripada kebiasaan jika dibandingkan dengan ramai lelaki seusianya yang ramai sudah maju ke ‘depan’. Yang penting perut Tokram elok rata.

Mesti ada petuanya hinggakan tak kurang netizen yang teruja bertanyakan apa rahsia Tokram hingga berjaya maintain sedemikian rupa. Apa pun kata orang di sebalik kejayaan seorang suami sudah tentulah dibantu isterinya kan…

“happy birthday tokram…semoga dimurahkan rezeki..dan diberikan kesihatan yang baik…aminn2..”, “Beautiful song beautiful couple. Suka tengok both of you”, “Tok ram ni makan apa ek..allahu sihat sungguh tgk…share tips sikit..kami hat 30lbh ni pun jalan xselaju dia”. Itu antara kata netizen.

Terhibur juga dibuatnya dengan pelbagai komen netizen di hantaran Alyah itu. Begitupun, dek wajahnya yang acapkali dilihat terlalu serius, ramai mencadangkan agar Tokram belajar senyum dan tampakkan romantik.

Apa pun sudah pasti ada kelebihan Tokram yang buat Alyah jatvh sayang bukan? Jika dibaca melalui kapsyen hantarannya ini, ramai yang tersentuh apabila Alyah meluahkan sisi tak dapat dilihat oleh netizen pada Tokram.

Antaranya Alyah berkongsi kehadiran Tokram dalam hidupnya mengajar dirinya mengenal Dia dan mengenal kelebihan serta kekurangan dirinya, bahkan sedar apa diberikanNya adalah yang terbaik buatnya.

Sempat juga Alyah meluahkan rasa sayang pada suaminya itu membuktikan biarpun muka Tokram tampak garang, isteri tetap sayang. Netizen apa tahu… Moga mereka berbahagia hingga jannah.

Sumber : IG Datin Alyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!