“Nasib baik tak pec4h pinggan mangkuk dgr suara datin kat dapur tu”- Netizen

Bergelar seorang ibu bukanlah sesuatu yang mudah. Tatkala kita sudah menjadi ibu, banyak tugasan harian yang perlu dilakukan seperti menguruskan anak-anak dan suami. Begitu juga buat usahawan popular Datin Shahida yang kini sudah menjadi ibu kepada lima orang cahaya mata. Kerenah lima orang anaknya, memag riuh rendah dibuatnya namun terpancar kebahagiaan mereka sekeluarga.

Jika lihat pada posting Shahidah sejak akhir-akhir ini,beliau lebih suka berkongsi video lucu berbanding sebelum ini. Video lucu tersebut berjaya meraih perhatian netizen dan membuatkan netizen terhibur tatkala melihatnya.

Video-video lucu Datin pun selalu raih banyak tontonan semenjak beliau lebih berkongsi video berkenaan. Jika lihat posting suaminya Datuk Aliff Syukri, beliau juga kini sering berkongsi video yang lebih positif berbanding dahulu.

Ramai netizen akui, Aliff Syukri telah banyak berubah ke arah yang lebih positif dan suka dengan perubahan Aliff yang terkini.

Selain itu, Video yang dikongsi Shahida baru-baru ini telah menunjukkan beliau bernyanyi sambil memegang rotan beserta kapsyen ‘Bila dah malas membebel, keluarkan rotan je rasa mereka dah cukup faham.’

Kelihatan juga anak-anak Shahida yang sedang membantu ibunya mengemas dapur sambil mendengar ‘bebelan’ ibunya. Bagus anak-anak Datin Shahida kan..

Sementara itu, video yang dikongsi Shahida telah menerima banyak respon daripada netizen dan ramai terhibur dengan gelagat Shahida.

“Datin ni kelakor lah hahaha, anak2 tahan gelak suara mak sedap sangat hahaha, macam macam datin ni hehe lawak betul”- Netizen

Video Shahida telah ditonton sehingga mencecah 242,000 tontonan sejak dimuatnaik 7 jam lalu.

Datin Shahida best lah suka buat lawak, ada je video Datin yang buat kita rasa nak tergelak tengok. Part Datin nyanyi tu, anak-anak tahan gelak je hehe.. Datin memang terbaik, best dan menghiburkan.

Sumber: Instagram shahidadherbs

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!