“Aku ingat pasu bunga mak aku hiilang” – Netizen

Sebut sahaja nama Aina Abdul, pasti kita sendiri boleh bayangkan pelbagai fesyen rekaan unik yang digayakan olehnya. Selain suara Aina yang cukup merdu dan diminati ramai, fesyen Aina juga antara menjadi perhatian ramai netizen. Hanya ketika persembahan penting antaranya Anugerah Juara Lagu, Aina akan tampil menggayakan kostum unik hasil tangan pereka fesyen tempatan.

Memandangkan Aina antara finalis Anugerah Juara Lagu ke 36, beliau sekali lagi tampil membawa lagu Nafas Cinta bersama pasangan duetnya Khai Bahar.

Lebih menjadi tumpuan penonton apabila kostum Aina bertemakan floral dipakai oleh penyanyi popular ini. Kostum Aina yang penuh dengan bunga tersebut sudah tentu menjadi salah satu simbolik penting dalam pentas AJL36 pada kali ini.

Sebelum ini juga, ramai netizen berteka teki dengan kostum unik yang bakal digayakan oleh Aina untuk AJL36 ini. Akhirnya terjawab jua teka teki netizen kan..

Sementara itu, posting video yang dimuatnaik oleh instagram Oh Bulan telah mempamerkan video di sebalik tabir Aina dipimpin krew kostum bertemakan floral sebelum memulakan persembahan.

Aina kelihatan tenang sebelum mempersembahkan lagu Nafas Terakhir bersama Khai Bahar. Malah rata-rata netizen memberi pelbagai respon selepas melihat kostum yang dipakai aina.

Netizen juga sempat memuji persembahan Aina bersama Khai Bahar yang begitu hebat selepas dipersembahkan sebentar tadi.

Dalam pada itu, video Aina itu telah ditonton sehingga 34,000 tontonan dan 135 komen.

“Katakan kalau tengah pakai tu tiba tiba nak pergi tandas boleh pening wo, cantiklah pulak esok nak panggil tailor lah nak tukar design baju raya hahaha”- Netizen

Unik betul kostum Aina Abdul kali ini. Tapi takpe, janji vokal Aina mantap. Semoga Aina boleh menang AJL kali ini, persembahan yang paling bertenaga tengok Aina dengan Khai Bahar.

Sumber: Instagram ohbulan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!