“Nampaknya kita xdpt bersama, Lofa dah tukar baju berpakaian di rumah, tak sesuai tontonan umum” – PU Riz

Tular kisah pasangan sensasi ini ekoran majlis perkahwinan mereka yang dikatakan telah melaggar SOP baru-baru ini. Setelah beberapa minggu siasatan yang dijalankan, pihak berkuasa akhirnya telah mengenakan kompaun sebanyak RM60 ribu kepada Neelofa, PU Riz dan juga ahli keluarga mereka kerana di dapati bersalah mengadakan majlis perkahwinan yang telah melnggar SOP.

Neelofa juga sebelum itu turut tampil membuat permohonan maaf ekoran kejadian yang berlaku dan mengakui sebagai seseorang yang mempunyai pengaaruh yang kuat beliau perlu menunjukkan contoh yang lebih baik kepada masyarakat.

Nama Neelofa dan pasangan kian hangat setelah berumahtangga. Kisah mengenai pasangan tersebut sering berlegar di media sosial sama ada baik atau sebaliknya.

Bagaimanapun isu mengenai mereka tidak langsung memudarkan semangat pengacara dan pendakwah bebas ini untuk terus melaksanakan kerja amal yang telah mereka usahakan selama ini.

Menerusi sebuah instagram peminat, dikongsikan sebuah video dimana PU Riz telah dijemput untuk menyampaikan ceramah secara online kepada pelajar di Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).

Sebelum pengakhiran ceramah itu pelajar tersebut telah meminta PU Riz untuk menjemput isterinya Neelofa membuat kemunculan sebelum program selesai.

Demi memenuhi permintaan itu, PU Riz berkata beliau perlu melihat keadaan isterinya dahulu bersedia atau tidak untuk membuat kemunculan.

Bagaimanapun sekembalinya PU Riz beliau memohon maaf kerana Neelofa sudah menukar pakaian kepada baju kebiasaan di rumah dan tidak sesuai untuk muncul di dalam video berkenaan.

Riak wajah PU Riz yang tersenyum malu setelah melihat keadaan isteri menyebabkan para peminat membuat andaian bahawa Neelofa sudah berhias untuk suami tercinta.

Menjengah ke ruangan komen, para peminat mengusik PU Riz dan berkata beliau amat bertuah dikurniakan isteri yang sangat cantik.

Jodoh itu rahsia Allah. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Siapa sangka PU Riz adalah lelaki yang bakal menjadi suami Neelofa.

Neelofa dan PU Riz mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka masing-masing sehingga membuatkan mereka berdua begitu serasi antara satu sama lain.

Semoga kebahagiaan yang dibina ini akan berkekalan sampai bila-bila hendaknya.

Sumber: ig lovestory.me2_

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!