“Tabik dekat Dr, klu bapak lain dh kne rasuk klu anak buat mcm ni” – Netizen

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan dktor yang juga merupakan angkasawan pertama negara iaitu Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Halina. Mereka berdua baru-baru ini telah menerima sepasang lagi pasangan kembar. Menariknya pasangan kembar terbaru beliau kali ini adalah sepasang iaitu seorang bayi lelaki dan seorang lagi bayi perempuan. Dr Sheikh juga sudah mengumumkan nama mereka berdua iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.

Pasangan kembar tersebut telah dilahirkan pada November tahun lalu dan kini hampir berusia 5 bulan. Pasangan Dr Sheikh dan isterinya Dr Halina telah mendirikan rumahtangga pada Oktober 2010. Hasil pernikahan mereka selama hampir 11 tahun mereka dikurniakan 6 orang anak. 3 lelaki dan 3 perempuan.

Kerap menerima soalan daripada golongan ibu bapa, Dr Sheikh sering berkongsi cara mendidik anak-anak di Instagram beliau.

Lantaran itu juga Dr Sheikh juga telah menerbitkan sebuah buku tentang bagaimana beliau telah mengasuh dan mendidik anak-anak beliau daripada kecil sebagai rujukan buat ibu bapa diluar sana.

Terkini menerusi Instagram Dr Sheikh Muzaffar, memaparkan kedua-dua anak kembar sedang aktif bermain sekitar rumah.

Dalam video yang ditunjukkan anak kembarnya itu sedang melompat di atas kereta yang dimilik oleh Dr Sheikh. Ternyata bukan mudah untuk mengawal gelagat anak-anak kembar lelaki mereka yang sedang membesar.

Dr Sheikh berkali-kali melarang anak-anaknya itu supaya jangan melompat namun larangan oleh Dr Sheikh tersebut tidak diendahkan oleh anak kembarnya itu.

Menjengah keruangan komen, para pengikut akaun Instagram Dr Sheikh berkata mereka dapat memahami situasi yang perlu di harungi oleh pasangan berkenaan memandangkan pasangan tersebut mempunyai anak-anak yang masih kecil dan sedang membesar.

Ada juga netizen yang berkata anak kembar Dr Sheikh mungkin memerluukan suara Dr Halina yang melarang. Kebiasaannya anak-anak akan lebih gerun jika mendengar suara ibu-ibu.

Mereka turut memuji tindakan Dr Sheikh yang masih lagi tenang mengawal anak-anak walaupun anak kembarnya itu melompat ke sana ke sini di atas kereta mewah miliknya. Berikut dikongsikan beberapa komen netizen.

Golongan ibu bapa yang mempunyai anak-anak kembar sememangnya menuntut mereka utk mempunyai tahap kesabaran yg sangat tinggi. Bersabarlah kerana masa mereka membesar tidak lama.

Ketika waktu kanak-kanak akan menjadi cabaran besar namun setelah mereka semua sudah meningkat dewasa nanti ibu bapa pasti akn merindui pula kemeriahan dan suasana huru hara ketika mereka kecil bukan?

Sumber: ig Dr Sheikh Muzaffar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!