“Zed Zaidi eat this bro, ko tak tgk drama aku pastu ko nak bunyik macam2” – Pengarah Nur

Tular baru-baru ini apabila drama yang sangat popular di Malaysia suatu ketika dahulu iaitu drama Nur tidak mendapat sambutan setelah ditayangkan di negara seberang Indonesia. Drama Nur yang diterajui oleh Amyra Rosli dan Syafiq Kyle itu sarat dengan mesej kerohanian dan sememangnya di olah agar bersesuaian dengan selera para penonton di Malaysia.

Berkemungkinan besar drama tersebut kurang menepati selera para penonton di negara jiran kita dan di sebabkan itu hanya ditayangkan 1 episod sahaja ekoran tiada sambutan daripada penonton di sana.

Isu berkenaan drama itu yang ditayangkan hanya 1 episod telah mendapat perhatian Presiden Persatuan Seniman iaitu Zed Zaidi. Menerusi media, beliau meluah rasa kesal dengan mutu drama itu yg hanya layak untuk siaran dalam Malaysia sahaja.

Menerusi Instagram, pengarah drama Nur iaitu Shahrulezad kembali membidas dakwaan Zed Zaidi yang mengatakan drama beliau kurang bermutu sehingga menyebabkan tayangan drama berkenaan di Indonesia di tarik balik selepas di tayangkan 1 episod sahaja.

Berkongsi jadual terkini tayangan drama berkenaan di saluran televisyen Indonesia menurut pengarah tersebut, beliau sudah di maklumkan lebih awal mengenai jadual tayangan baru namun hanya baru mendedahkan kepada umum kerana terkesan dengan kenyataan Zed Zaidi.

Menurut pengarah itu lagi, slot drama tersebut dimasukkan semula atas desakan para peminat drama berkenaan dan drama Nur masih diberi kepercayaan serta rezeki di tayangkan di sana.

Menjengah ke ruangan komen, netizen juga mempertikaikan tindakan Zed Zaidi yang tidak berbangga dengan hasil karya tempatan mahupun menyokong rakan seangkatan malahan beliau bertindak memberikan komen yang negatif.

Berikut dikongsikan pendapat para netizen terhadap isu ini.

Buat pengarah drama Nur bertabahlah dengan perkara yang sedang berlaku ini. Mungkin ini adalah sebahagian dugaan dan ujian yang perlu beliau tempuhi walaupun naskah beliau sebelum ini seringkali menjadi fenomena di Malaysia.

Semoga kritikan ini menyuntik semangat untuk beliau terus bangkit dan berusaha lebih kuat untuk membuktikan tuduhan drama beliau tidak berkualiti ternyata satu kesilapan besar.

Sumber: ig budak ijat

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!