“Nampaknya ada campur tangan org ketiga”- Zoey Rahman

Dalam pembikinan drama setiap babak pasti ada “action dan cut” itu adalah lumrah dalam pembikinan drama ataupun filem. Namun apabila bergambar, pasti inginkan yang terbaik dalam setiap gambar yang membawa makna penceritaan drama tersebut. Tetapi yang dinampak dalam gambar perkongsian Zoey Rahman adalah muncul tangan orang ketiga. Siapakah itu. Tangan itu pula muncul di sebalik tangga dan tidak nampak raut wajah pemilik tangan tersebut.

Gandingan bersama Mawar Rashid lebih membuatkan ramai menantikan drama tersebut ditayangkan di kaca TV mereka. Kerana gabungan ini akan membuatkan drama tersebut dirasai oleh para penonton.

Mereka berdua belum pernah digandingkan dan ia agak mencabar kerana risau akan keserasian mereka tidak dapat diberikan kepada penonton.  Ketika sedang bergambar, ketika itulah pula Mua mahu membetulkan solekan dan juga pakaian tersebut.

Itulah yang membuatkan kehadiran orang ketiga namun kapsyen Zoey memang tidak kena dengan perkongsian gambar tersebut malah membuatkan orang tertanya-tanya dimana keberadaan orang ketiga.

Namun jika dilihat sekali imbas tidak ada, setelah diperhatikan dengan lama barulah nampak tangan yang menarik baju Zoey, kerana ingin memperbetulkan kedudukan baju tersebut yang terangkat sedikit mungkin hingga menampakkan perut.

Mungkin untuk memperbetulkannya dan juga untuk membetulkan solekan mereka berdua Mungkin dia tidak diberitahu kepada jurusolek itu jadi gambar tersebut telah diambil.

Komen komen netizen juga mencari mana orang ketiga. Namun setelah diperhatikan rupanya tu hanyalah tangan yang menarik baju Zoey.

Mawar Rashid turut memberikan komen dan memang tidak ada kena-mengena kapsyen dengan gambar yang dikongsikan oleh Zoey. Inilah komen-komen mereka.

Sebenarnya dah lama tidak nampak Zoey di dalam setiap drama baru, sekarang telah kembali aktif berlakon. Tahniah diucapkan.

Sumber: ig zoeyrahman

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!