“Rindu ini tak kan pernah habis, jumpa nanti syg”- Shuib Sepahtu

Pemergiian penyanyi arwh Siti Sarah sejak bulan Ogos yang lalu telah meningg4lkn kesan yang amat mendalam buat suaminya Shuib Sepahtu. Umum mengetahui bahawa pasangan tersebut sebelum ini seumpama belangkas kerana mereka kemana sahaja pastinya berdua. Sama ada dalam menguruskan perniagaan mahupun melakukan aktiviti kerjaya seni masing- masing. Bagaimanapun setelah pemergian arwh isterinya itu, Shuib dilihat melalui situasi yang agak sukar untuk menjalani kehidupan seharian beliau tanpa kehadiran bidadari kesayangan di sisinya lagi.

Namun begitu, Shuib tetap perlu akur dengan perjalanan takdir kehidupan beliau. Apatah lagi ketika ini ke empat orang anak beliau memerluk4n perhatian daripada dirinya yang kini terpaksa menjadi seorang bapa dan juga ibu buat anak- anak tersayang.

Perngorbanan demi pengorbanan juga terpaksa dilakukan demi untuk menjaga dan membesarkan anak bongsunya Ayash Affan dengan penuh kasih sayang dan amanah seperti yang di minta oleh 4rwh isterinya itu.

Buat seketika Shuib yang merupakan salah seorang anggota kumpulan Sepahtu itu terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan bersama kumpulan tersebut saban minggu menerusi rancangan Sepahtu Reunion Live kerana perlu memberikan tumpuan terhadap keluarganya.

Walaupun sudah beberapa bulan 4rwh Siti Sarah telahpun m3nggalkan mereka namun Shuib berkata beliau agak sukar untuk melup4kan 4rwh isterinya itu tambahan pula apabila melihat anak- anak, pasti akan mengingati kenangan bersama 4rwah isterinya itu.

Emosi anak- anak beliau kini dalam keadaan stabil namun adakalanya anak- anak berkata bahawa mereka merindui ibu mereka.

Tahun ini, tanggal 26 Februari menjadi tarikh yang meningg4lkan kenangan buat pelawak tersebut apabila tidak lagi dapat menyambut ulang tahun perkahwinan beliau bersama 4rwah. Shuib telah memuatnaik sebuah video di instagramnya yang meluahkan perasaan beliau.

Video tersebut memaparkan gambar perkahwinan beliau bersama 4rwah dan menggunakan lagu nyanyian 4rwah isterinya itu sebagai muzik latar video berkenaan.

Menerusi video tersebut juga Shuib berkongsi kepada para pengikutnya bahawa tahun ini merupakan tahun ke sebelas perkahwinan beliau bersama 4rwah isterinya itu. Shuib juga berkata perasaan rindu beliau terhadap 4rwah isterinya itu tidak pernah padam dan berharap mereka berdua bakal dipertemukan lagi suatu masa nanti.

Anak bongsu pasangan ini iaitu Ayash Affan merupakan “hadiah” terakhir yang di tinggalkan oleh 4rwah Siti Sarah kepada suaminya Shuib setelah bertarung ny4wa selama beberapa hari di Unit Rawaatan Rapi (1CU). Bayi berkenaan di keluarkan secara pembdahan semasa 4rwah di tidurkan selepas keadaan oksigen yang tidak stabil kerana di jangkiti cvd.

Perkongsian Shuib di media sosial sering mengundang sebak dalam kalangan peminat kerana para peminat merasa amat pilu tatkala mengenang 4rwh Siti Sarah yang telah pergi menghadap illahi selepas melahirkan anak bongsunya itu secara pembdahan. Terdahulu, Siti Sarah bersama Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif cvd pada 27 Julai lalu.

Netizen berkata mereka tidak dapat menahan perasaan sebak dan menitiskan air mata apabila melihat reaksi dan wajah Shuib yang seolah menahan kesedihan di dalam video tersebut.

Malah posting tersebut juga menerima hampir 260,868 tanda suka dan lebih 4 ribu komen daripada rakan artis dan juga para pengikut akaun Instagram usahawan Bumblebee itu yang menitipkan al-Fatihah buat 4rwah isterinya selain mendoakan agar Shuib terus tabah. Berikut dikongsikan komen – komen netizen.

Sebagai rekod, terdapat netizen yang telahpun mencipta satu gelaran buat anak- anak Shuib itu iaitu The Utma buat empat cahaya mata Shuib dan Allahy4rhm Siti Sarah.

Gelaran tersebut sebenarnya di cipta oleh Netizen setelah menggabungkan huruf/huruf pangkal nama Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq M4tin dan Ayash Affan. Semoga Shuib akan terus tabah dalam mengharungi kehidupan seharian beliau bersama anak- anak.

Sumber: ig shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!