“Nak sangat anak ramai kan, saja buuli dia jaga anak sepanjang malam” – Wawa Zainal

Kehadiran cahaya mata adalah saat yang dinanti-nantikan buat setiap pasangan suami isteri. Bila adanya cahaya mata, ia lebih melengkapi sesebuah keluarga itu. Ada sebahagian pasangan mengimpikan ramai cahaya mata seperti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Pasangan selebriti ini telah mempunyai lima orang cahaya mata comel selepas Wawa baru bersalin anak kelima baru-baru ini.

Kehadiran anak kelima mereka juga adalah kehendak dari Aeril sendiri yang menginginkan lebih ramai cahaya mata.

Tidak dinafikan, semua anak-anak Aeril dan Wawa memiliki rupa paras yang comel sama seperti ibu bapa mereka.

Bukan itu saja, anak-anak mereka antara menjadi perhatian ramai netizen setiap kali dikongsi oleh wawa dan Aeril di laman Instagram.

Malah posting terbaru daripada Wawa di Instagram telah menjadi tumpuan ramai apabila Wawa sendiri berkongsi salah satu video. Video tersebut jelas menunjukkan Aeril sedang memberi susu buat anak kelima mereka pada hari ulangtahun kelahiran Aeril.

Menyedari pengorbanan isteri yang susah payah melahirkan anak, Aeril cukup bertanggungjawab membantu Wawa menguruskan anak baru mereka meskipun waktu itu adalah hari ulangtahun kelahiran Aeril.

Menerusi kapsyen pada posting tersebut, wawa juga akui Aeril adalah suami dan bapa yang terbaik buat anak-anak. Untungnya Wawa memiliki suami mithali macam Aeril…

Sementara itu, rata-rata netizen memberi pelbagai respon di ruangan komen dan ada juga yang mengusik Aeril dilihat seperti orang yang sedang berpantang.

Sumber: Instagram wawazainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!