“Jjcm pls amik lana jd duta, dia mkn apa semua nmpk sedap” – Netizen

Antara perkara yang paling sukar dalam hidup sebagai ibu bapa ini adalah memberi anak makan. Ada segelintir ibu bapa masih berusaha untuk memujuk anak untuk makan makanan yang berkhasiat. Kanak-kanak biasalah, mereka lebih suka memakan gula-gula dan makanan segera lebih dari memakan makan yang punyai zat dan vitamin untuk tenaga seharian.

Kita sudahpun mengenali pasangan selebriti yang terkenal iaitu Scha Alyahya dan Awal Shaari. Mereka telah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata bersama.

Anak sulung pasangan tersebut iaitu Lara Alana yang berusia 7 tahun dilihat sebagai anak yang sangat bijak dan nampak matang dari usianya. Manakan tidaknya pada usia muda sudahpun merangkul tanggungjawab sebagai seorang kakak kepada adiknya yang dilahirkan pada awal tahun ini.

Alana dilihat juga sangat petah berbahasa Inggeris dan dilihat sangat lemah lembut tindak tanduknya.

Bukan sahaja budak yang bijak tetapi makan juga tidak memilih. Alana sering dilihat suka mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Bukan itu sahaja, apa sahaja jenis makanan juga beliau boleh makan tanpa merunguut.

Dilihat di dalam video tersebut, Alana seperti memakan makanan jepun dimana makanan tersebut punyai kepingan rumpai laut. Alana dilihat makan dengan selera sekali.

Kanak-kanak seperti Lara Alana ini sering dianggap senang dijaga kerana tidak memilih pemakanannya termasuklah sayuran. Tidak ramai kanak-kanak yang memakan rumpai laut seperti Lara Alana.

Netizen juga sangat teruja melihat Alana mengunyah makanan. Ada juga yang terliur kerana melihat Alana makan membuatkan makanan tersebut nampak sedap.

Kita harus contohi cara Scha dan Awal mendidik anak mereka untuk senang makan makanan berkhasiat. Ini penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran badan mereka supaya mendapat zat dan vitamin yang mencukupi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!