“Nak ikut, jadi PA free pun xpe” – Janna Nick

Siapa saja yang tidak ada memasang impian untuk menaiki jet peribadi sambil melihat pemandangan yang indah dari atas. Pasti semua orang pun mahu menaiki jet peribadi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tapi tak semua orang mampu untuk merealisasikan impian ini kerana kebanyakan peluang biasanya hanya dimiliki oleh ahli jutawan. Ini kerana kos yang tinggi mencecah hingga puluhan hingga ratusan ribu ringgit.

Keberuntungan sekali lagi memihak kepada keluarga selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha apabila mendapat peluang untuk menaiki jet peribadi. Pernah gemp4r sebelum ini apabila Hairul dan Hanis telah menempah percutian ke sebuah pulau bersama keluarga dengan menaiki sebuah helikopter.

Mencuri tumpuan ramai dengan tanggapan sebagai ‘percutian kayangan’, tujuan utama Hairul membawa keluarganya bercuti sebelum ini adalah bagi menyambut hari kelahiran isteri tersayang serta membawa anak-anak keluar setelah lama berkurung akibat pelaksanaan PKP.

Percutian impian buat pasangan selebriti ini merupakan jemputan dan tajaan sepenuhnya oleh Tan Sri Vincent Tan yang merupakan jutawan Malaysia juga pengasas kepada syarikat Berjaya Corporation Berhad.

Tan Sri Vincent Tan bukan hanya terkenal dengan kejayaan besar yang dimilikinya, beliau juga turut terkenal dengan kemuliaan hati yang dimiliki. Sering membantu masyarakat tanpa mengira k4um dan agama, beliau menyifatkan kekayaannya harus dikongsi bersama orang susah diluar sana.

Mengaku peluang-peluang besar yang dimiliki oleh pasangan ini merupakan rezeki anak, Hairul dan Hanis mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga dengan berkat rezeki pada awal tahun buat anak-anak mereka iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Sebelum ini keluarga kecil dari Hairul dan Hanis juga pernah dijemput oleh Tan Sri Vincent Tan untuk menaiki kapar layar milik beliau yang berada di Pulau Redang.

Video yang dimuatnaik oleh pasangan ini di Instagram telah berjaya mencuri tumpuan ratusan orang termasuklah rakan selebriti lain iaitu Janna Nick yang ingin ikut sehingga sanggup menjadi pembantu tanpa bayaran.

Tidak berburuk-sangka dan berfikiran negatif, ramai yang mendoakan dan mengucapkan syukur bagi pihak keluarga Hairul dan Hanis.

Mereka juga mengatakan bahawa segala pencapaian yang diraih oleh keluarga ini adalah patut kerana sifat mereka yang tidak pernah somb0ng dan sentiasa merendah diri.

Sumber: Instagram Hairul Azreen

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!