“Rindu i kan, sabar soon i balik k” – Idris Khan

Sesebuah kejayaan drama atau filem dapat menarik perhatian para penonton bermula dengan tarikan ‘chemistry’ dari para pelakon terutamanya. Dan yang pastinya, pemegang watak utamalah yang harus berusaha bagi mendalami watak dan mendapatkan ‘chemistry’ antara satu sama lain. Jika tiada kesepakatan dalam berlakon, pasti drama dan filem tersebut pun akan terlihat hambar dan kekok.

Buat para peminat drama tempatan pasti sudah tahu tentang drama adaptasi novel yang disiarkan di TV3 kini. Saat Kau Takluk Cinta Ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari para penonton dek kerana hasil gandingan mantap dari hero her0in Idris Khan dan Intan Najuwa.

Drama hasil arahan dari Zamri Zakaria ini ternyata mampu menggandingkan dua selebriti yang secocok sehingga para penonton mahu mereka berdua bersama di luar set. Drama yang mengisahkan Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq dan Intan Najuwa sebagai Haira Melissa, ramai yang masih ternanti-nanti tentang penhujung jalan cerita mereka yang masih membawa seribu satu soalan.

Bukan hanya mereka berdua, drama Saat Kau Takluk Cinta Ini juga turut dibintangi oleh artis-artis kenamaan seperti Syazwan Zulkifli, Shakilla Khoriri, Jasmin Hamid dan ramai lagi. Selain watak utama dalam drama, artis-artis yang memegang watak sampingan juga turut memainkan peranan penting dalam kejayaan drama ini.

Video kemesraan antara watak utama drama ini telah mencuri tumpuan para peminat dan netizen khususnya buat mereka yang suka melihat hubungan antara Idris Khan dan Intan Najuwa ini ketika di dalam set mahupun di luar.

https://www.instagram.com/p/CYa5rzxKZ6F/?utm_medium=copy_link

Idris Khan yang kini sedang bercuti ke luar negara telah meningg4lkan komen pada video yang dimuatnaik oleh Intan itu di laman Instagramnya. Menyuruh Intan sabar menanti kembalinya Idris Khan ke tanah air, ramai peminat drama Saat Kau Takluk Cinta Ini yang menyuruhnya segera pulang agar tidak berjauhan dengan Haira iaitu nama watak yang dipegang oleh Intan.

Ramai yang menyokong baik hubungan antara Idris Khan dan Intan Najuwa sehingga ada yang mengatakan bahawa mereka kini sudah mula bau-bau nasi minyak dari pasangan serasi ini.

Tidak lupa kepada peminat drama yang masih geram dengan tindakan Rahhal yang meningg4lkan Haira dalam drama tersebut.

Memang hebat betul lakonan dua selebriti ini sehingga mampu menggoncang emosi para penonton yang geram dengan Rahhal. Hubungan akrab yang dimiliki oleh Intan dan Idris juga disokong kuat oleh para peminat. Apa pun doa yang terbaik untuk Intan dan Idris. Kalau ada jodoh pasti tak kemana kan.

Sumber: Instagram Intan Najuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!