“Minta maaf kat cikgu, salahkan daddy sbb lambat”- Faizal Tahir

Sejak membuat keputusan untuk berehat, sudah agak jarang kita semua mendengar perkembangan terbaru daripada penyanyi Faizal Tahir. Selepas lebih 17 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, beliau telah membuat pengumuman untuk berehat buat sementara waktu demi memberikan sepenuh tumpuan kepada keluarga. Namun begitu, Faizal menjelaskan bahawa keputusan itu bukanlah bermakna beliau akan mng4lkan terus dunia hiburan.

Memandangkan anak-anak beliau kini semakin membesar dan meningkat remaja, Faizal merasakan keluarga beliau amat memerluk4n perhatiannya. Menurut pelantun lagu Ragaman ini lagi, beliau membuat keputusan itu kerana mahu lebih meluangkan waktu sebagai bapa kepada tujuh orang anaknya.

Buat pasangan yang telah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang bersekolah, pastinya tidak terlepas menghadapi situasi kelam kabut pada sebelah pagi demi menyiapkan dan menghantar anak-anak kesekolah. Pelbagai situasi akan bermain di fikiran apabila sudah terlambat menghantar anak kesekolah dan terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Begitu jugalah yang dihadapi oleh penyanyi ini apabila perkongsian beliau menghantar anak- anak kesekolah di Instagram telah mendapat perhatian para netizen. Di sebalik realiti yang selalunya berlaku dalam kalangan  kebanyakkan ibu bapa apabila berdepan dengan situasi di pagi hari isnin yang kelam kabut dan bising, penyanyi ini bagaimanapun mendedahkan keadaan beliau menguruskan anak- anak dengan tenang dan menggunakan nada suara yang lembut.

Faizal Tahir mendirikan rumahtangga bersama Siti Raihanim Noran yang dikenali beliau sejak menuntut di UiTM. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini kini mempunyai tujuh orang cahaya mata, iaitu Ahmad Mikaeel Zidane (lahir 2003),

Siti Raudhah Nur Iman (lahir 2005), Ahmad Rifa’ie Zidane (lahir 18 Februari 2009), Siti Rawdha Nur Jannah (lahir 2011) Siti Nawar Malaika (lahir 2013) Khalid Al-Walid (lahir 2015) dan seorang lagi anak bongsunya yang di lahirkan sekitar Disember tahun lalu.

Menerusi perkongsian terkini penyanyi ini,sebuah video yang memaparkan beliau bersama anak-anak di dalam sebuah kenderaan telah di muatnaik di Instagram peribadinya. Faizal merakamkan video tersebut ketika dalam perjalanan menghantar anaknya kesekolah.

Pelbagai gelagat dan kerenah anak-anaknya dapat disaksikan menerusi video tersebut. Namun  cara percakapan beliau yang sangat lembut serta tenang dalam mengendalikan kerenah anak-anaknya itu membuatkan ramai yang terpegun.

Perbualan ringkas beliau bersama anak-anak juga penuh lemah lembut malahan di selangi dengan gurauan serta permohonan maaf kerana terlewat menghantar anak- anaknya itu ke sekolah.

Beberapa babak yang mencuri perhatian netizen juga adalah ketika Faizal menegur salah seorang anaknya yang hanya berdiam diri namun rupa-rupanya anaknya itu telah kehiilangan kopiah di sekolah dan mengambil sikap mendiamkan diri kerana takut di marahi.

Meskipun telah mengetahui kehilangan kopiah anaknya, sikap Faizal yang tenang menasihati anaknya supaya mencari dahulu kopiah sebelum membelikan kopiah baru buat anaknya sekali lagi menarik perhatian.

Adakalanya bukan mudah untuk para ibu bapa mengawal emosi apabila mengetahui kesilapan yang dilakukan anak- anak. Pastinya ada ibu bapa yang akan naik angin sekiranya berdepan dengan situasi tersebut.

Meninjau reaksi netizen di ruangan komen, kebanyakkan merek memuji sikap tenang Faizal dan cara beliau mengendalikan anak-anaknya. Walaupun perlu menguruskan beberapa orang anaknya serentak dan berhadapan dengan pelbagai kerenah mereka namun beliau masih lagi mampu bertenang dan mampu bercakap dalam nada yang cukup lembut bersama anak-anak.

Menerusi ruangan komen, para netizen berkongsi pengalaman mereka mengendalikan kerenah anak- anak dan menzahirkan rasa kagum dengan cara Faizal melayani anak-anak.

“Ok lagi tu. My kid penah sampai je gate sekolah, baru perasan xpakai kasut sekolah. Pakai stokin je. Bukan sekali, tapi dua kali” – Netizen

“Sama la..pg isnin yg sgt indah..sorg ja pun hantaq p sekolah.. dh reverse kereta..makkkk..kakak silap ambik kasut la.. masukkk balik.. pastu dh dekat nk sampai sekolahh.. makkkkk… homework lupa bawak.. anda rasa sy ada masa utk s4kit kepala”- Netizen

Sebagai rekod, Faizal Tahir atau nama sebenar beliau Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir mula dikenali setelah menjadi naib juara rancangan reality One In a Million Musim pertama. Beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid Mirwana.

Faizal mengaku memiliki keluarga besar yang memerluk4n perhatian.Naluri seorang bapa membuatkan dirinya merasa bersalah kerana tidak banyak dapat menghabiskan masa dengan anak sejak aktif menyanyi sebelum ini. Beliau menganggap keputusan beliau untuk berehat ini merupakan masa untuk dirinya membayar balik kepada keluarga sebelum terlambat.

Sumber: Instagram faizal tahir

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!