“Sy harap kecuaian sy ni tak buatkan mereka laki bini bergduh” – Kak Pia

Hubungan persahabatan selalunya sukar untuk berkekalan. Kadang kala, terdapat yang sudah berkawan dengan ramai orang tapi akhirnya yang kekal hanya yang memahami dan setia. Tidak kira bagaimana sikap kita atau kawan kita, kalau kita saling memahami antara satu sama lain, pasti persahabatan itu akan berkekalan. Namun, pertelingkahan atau salah faham boleh terjadi bila-bila tanpa dijangka.

Kita sudah kenali penyampai radio wanita tempatan kita, Feeya Iskandar yang sering dilihat sebagai seorang yang ‘happy-go-lucky’ dan kelakar bersama krew radio lain. Beliau yang mulakan karier beliau sejak tahun 2011 sangat suka juga berkongsi cerita hariannya di laman ignya.

Feeya juga sering dilihat sebagai seorang yang agak kelam kabut dan pelupa. Berkemungkinan ianya adalah salah satu personaliti natural artis tersebut. Baru-baru ini, rakan sekerjanya yang juga seorang penyampai radio yang dikenali sebagai Fizi Ali di laman instagramnya menegur bahawa Feeya terletak gincu miliknya ke dalam beg purse Fizi Ali.

Didalam video tersebut, Fizi Ali berkata jikalau isterinya terjumpa gincu didalam beg pursenya, boleh terjadi pergduhaan besar antara mereka. Namun, Feeya akui kesalahannya yang seakan ‘nyanyuk’ tercampak gincunya di dalam beg orang lain dan memohon maaf kepada Fizi Ali dan isterinya.

Netizen ramainya terhibur melihat keletah dua rakan ini dan ada yang berkata Feeya banyak makan semut kerana org dulu2 berkata makan semut ini boleh menyebabkan kita jadi pelupa.

Ada juga berseloroh dengan berkata Feeya berkemungkinan mengantuk sebab itu tidak menyedari terletak barangnya ditempat yang bukan miliknya.

Sukar untuk mendapat kawan yang memahami. Namun, jika kita mahu kawan yang sebegitu, kita sendiri haruslah menjadi orang yang memahami dengan keadaan kawan kita itu. Barulah hubungan persahabatan itu boleh berkekal lama.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!