“Menantu lawa, berbakat, pandai masak. Tahniah Tok Sidang”- Netizen

Tanggal 21 Ogos yang lalu telah berlangsungnya majlis akad nikah pelakon Elisya Sandha yang merupakan adik kepada Fasha Sandha bersama pasangannya Uzair Haqimy yang merupakan anak kepada pasangan pelakon dan penerbit Shiela Rusly dan Azman Yahya atau lebih mesra dengan panggilan Tok Sidang. Majlis pernikahan Elisya dan Uzair berlangsung meriah namun sederhana kerana hanya di hadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja demi mematuhi prosedur yang telah di tetapkan oleh pihak kerajaan.

Elisya dan Uzair telahpun mengikat tali pertunangan sekitar bulan Februari yang lalu. Elisya dan Uzair sepatutnya dijadualkan akan bernikah pada tahun hadapan sekitar Februari setelah setahun bertunang.

Perancangan Allah itu lebih indah kerana memandangkan keadaan semasa cvd, mereka kemudiannya mempercepatkan tarikh pernikahan dan hanya membuat persiapan akad nikah dalam tempoh 2 minggu.

Walaupun persiapan majlis akad nikah itu dilakukan pada saat akhir namun majlis yang berlangsung tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

Tok Sidang berkongsi sebuah video terbaru di Instagram yang memaparkan gelagat menantunya Elisya memasak Nasi Ayam Penyet untuk beliau.

Menurut Tok Sidang, beliau hanya bergurau untuk makan Nasi Ayam Penyet namun menantunya itu secara diam- diam telah menunaikan hasrat beliau malahan memberikan kejutan buatnya. Elisya meminta dirinya untuk membuat kerja di dalam bilik sehingga beliau dipanggil turun.

Menerusi video yang dikongsikan itu, ternyata Tok Sidang tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu dan gembira beliau di atas tindakan menantunya itu. Pandai Elisya ambil hati mertua. Sesiapa pun boleh cair macam ni.

Video yang dikongsikan oleh Tok Sidang itu meraih sebanyak 26, 721 tanda suka dan 275. Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen berkata mereka amat menyukai hubungan kekeluargaan yang ditunjukkan oleh keluarga Tok Sidang.

Netizen juga tidak putus- putus memuji Elisya kerana mempunyai keperibadian yang serba lengkap menjadi seorang menantu. Elisya bukan sahaja cantik dan berbakat dalam lakonan malahan sangat pandai dan rajin memasak. Berikut dikongsikan antara komen- komen yang ditulis oleh netizen.

“Alhamdulillah..semoga kekal berbahagia..seronok teman tgk tok sidang happy..mana aish dgn cloud” – Netizen

“Bertuah menantu sorg….mama mertua turunkan ilmu…tahniah papa mamanya…menantu rajin pandai masak…happy tgk korg” – Netizen

“Teman nampak yg plg menarik sekali bekas lesung beso sambal penyet tu.. adoi… share la beli kt mana tu toksidang” – Netizen

“Alhamdullillah…seronok tgk family begini….menantu pon rajin ke dapur … family mertua pon support. Tak kedekut ilmu memasak…” – Netizen

Sebelum ini Elisya tidak pernah berselindung mengenai hubungan percintaan beliau bersama anak sulung kepada Sheila Rusly itu. Beliau juga sering memuatnaik beberapa keping gambar di laman sosial bersama Uzair dan Sheila Rusly sendiri.

Alhamdulillah kini semuanya sudah selesai dan tahniah di ucapkan buat Tok Sidang dan Sheila Rusly kerana menerima menantu. Semoga rumahtangga yang baru dibina ini berkekalan hendaknya.

Sumber: ig jingo_jspicture

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!