“Alhamdulillah kecik lagi dah ada rasa tangungjawab, syukur”- Netizen

Di lahirkan sebagai anak kepada penyanyi terkenal, sudah pasti Aafiyah juga turut terpalit dengan dunia glamor seawal di usia bayi. Malahan sebelum ini kelahiran beliau amatlah di nantikan sebagai zuriat yang telah di tunggu oleh kedua ibu bapanya selama hampir 11 tahun. Ramai peminat setia Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sekian lama mengikuti perkembangan penyanyi berkenaan baik dari segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi cukup mengenali anak-anak kepada penyanyi pujaan mereka itu.

Rezeki penyanyi nombor satu negara yang mesra disapa Tokti itu semakin melimpah ruah apabila dikurniakan lagi seorang cahaya mata lelaki pula sekitar bulan Ramadhan yang lalu. Siti Aafiyah yang dilahirkan pada tanggal 19 Mac 2018 itu telahpun berusia 3 tahun dan semakin bijak bertutur serta berinteraksi bersama ahli keluarga beliau.

Pasti ada sahaja akal kanak-kanak berusia 3 tahun itu yang menarik perhatian dan mencuit hati para peminat. Menerusi instagram story, Tokti adakalanya turut berkongsi gelagat anaknya serta aktiviti terkini anaknya itu buat tatapan para peminat beliau.

Malahan video-video yang dikongsikan oleh Tokti, pasti akan dikongsikan kembali menerusi beberapa instagram para peminat setia Tokti. Aafiyah di kenali kerana sikap kanak- kanak tersebut yang sangat bijak.

Sebelum ini pernah tular video Aafiyah yang mendoakan orang ramai supaya masuk syurga. Sesiapa juga yang mendengarkan doa kanak- kanak tersebut pastinya akan merasa terharu di atas keikhlasan dan kesucian hati anak kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Terkini menerusi Instagram Aafiyah Khalid, sebuah video terkini yang dikongsikan telah memaparkan gelagat Aafiyah sedang membantu seorang kanak- kanak yang lebih muda darinya makan dengan menyuap kentang goreng dan minuman.

Wajah Aafiyah yang kelihatan serius namun sangat prihatin itu menarik perhatian para peminat Tokti kerana gembira dengan sikap yang ditunjukkan oleh Aafiyah itu.

Berkat didikan yang baik, walaupun Aafiyah masih lagi kecil namun keperibadian kanak- kanak berkenaan yang bijak, bertanggungjawab serta boleh di harapkan sangat menyerlah. Tidak jemu rasanya melihat gelagat anak kepada Tokti yang sangat bijak ini.

Dapat di bayangkan betapa bangganya Tokti melihat sikap anaknya Aafiyah yang sangat prihatin terhadap kanak- kanak lain malahan sangat bertanggungjawab menjaga kanak – kanak itu dengan baik. Di akhir video juga kedengaran suara Tokti yang memuji Aafiyah di atas tindakan anaknya itu.

Netizen juga turut memuji didikan yang diberikan oleh Tokti dan Datuk Khalid terhadap anak- anak mereka. Berikut dikongsikan pula komen- komen yang ditinggalkan oleh para peminat dan netizen.

Semoga cara didikan Tokti terhadap anak- anak ini juga menjadi ikutan dan inspirasi kepada orang ramai di luar sana dalam mendidik anak- anak mereka juga. Peminat juga turut mendoakan agar Aafiyah menjadi seorang kakak yang baik dan penyayang terhadap adiknya Afwa.

Sumber : ig aafiyah Khalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!